#23

94 5 0
                                    

Tatkala sinar cahaya menerangi kona matanya, perlahan lahan mata itu dibuka lemah. Mata tepat memandang syiling putih itu.

Gegendang telinganya seakan akan dapat menangkap dengkuran kecil seseorang. Badan yang agak lemah itu sedaya upaya membetulkan posisinya. Talia bersandar pada kepala katil. Wajah jejaka yang nenyak tertidur dikerusi bersebelahan katilnya direnung.

Entah mengapa dia gembira tatkala melihat wajah itu disisinya ketika ini.

Sebelah mata dibuka, membalas kembali renungan Talia. Tergamam gadis itu dibuatnya. Mungkin terkejut pabila mata mereka bersatu.

"Pretty!!" Tiba tiba sahaja pintu itu ditolak dari luar. Tubuh kecil Ayash berlari naik ke atas katil hospital itu. Gadis kesayangannya dipeluk erat.

"Lama gila pretty tidur, Ayash rindu tau." Sengaja dia memuncungkan mulutnya ke hadapan.

Talia cuma membalas dengan senyuman. Tekaknya berasa perit. Mungkin dek lama ketiduran. "A..Air. Tolong jap." Dengan suara seraknya dia berkata.

Pantas Daiyyan bangun dari duduk. Botol air yang dibawa mama dituangkan kepada gadis tersebut.

Lega tekak terasa pabila dibasahi air kosong itu. "Mana Sara?" Baru sahaja dia teringat untuk bertanya berkenaan sahabatnya itu.

"Ada je kat sini." Cawan pada tangan Talia diambilnya. Gelas itu diletakkan semula pada meja.

"Kau tak bagi tahu umi kan?" Kang tak pasal pasal Puan Erina gelabah. Dan semesinya sifat gelabahnya itu diwarisi oleh uminya.

"Laa ewak teda begi tau sema seya. Seya sudah itu bagi tau sema umi ewak." Buat kesekian kalinya Ayash ternganga. Agaknya abang ayam itu terhentuk kepala didinding ke?

"Pungkoq hang la! Awat hang bagi tau." Katil itu dirabanya, telefon dicari. Namun tidak kelihatan juga.

"Haip! ewak ni sekit ka teda sekit?" Kang ketuk juga kepala tu. Tak padan tangan kena cucuk. Mulut sibuk memakinya. Daiyyan memeluk tubuh sendiri.

"Eyy tak segak pun hang dok buat lagutu." Geram sahaja dia melihat Daiyyan.

"Macam budak kecik la pretty dengan abang ayam ni. Bagi kawin kang!" Ayash turun daripada katil. Sofa yang berada didalam wad mewah itu menjadi tempat duduknya.

"Boleh boleh!! Kau pergi panggil tok kadi sekarang." Senyuman melebar hingga ke telinga. Keningnya diangkat beberapa kali, sambil mata memandang ke arah Talia.

"Miang ngat aih!" Jelingan dihadiahkan kepada Daiyyan.

"Asalammualaikum." Daun pintu ditolak seseorang. Roy yang memakai baju pesakit itu mencuri perhatian mereka.

"Waalikummusalam." Balas Ayash, telefon Talia dimainnya. Rindu nak main game!!

"Kau dah kenapa pakai baju ni? Buang tabiat ek?" Soal Daiyyan. Sebelah kening terangkat. Memandang pelik ke arah rakannya itu.

"Saja, asal, tak boleh? Lagipun aku tengok Talia dengan Sara pakai, teringin pula baby dalam perut ni." Perut berototnya diusap. Gila agaknya.

"Lahh berapa bulan dah?" Sengaja Talia melayan lawak hambar tersebut. Kesian pula melihat orang gila itu.

"Alhamdulilah dah 12 bulan." Tidak semena mena bontotnya ditendang Aariz. Tiba sahaja Aariz disitu, terus dia mendengar lawak bodoh si Roy. Dia sudah memesan, kalau bodoh tu simpan sikit waktu tua nanti. Haishhh tak dengar cakap budak ni!!

"Roy, Sara okey ke?" Kepala angkat memandang kearah lelaki yang sudah mengosot gosot bontotnya dek ditendang itu.

Haishh, bukan nak tanya dia okey ke tak. Pedih bontot I kena tendang dengan kaki gajah tu.Omelnya sendiri.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now