Keesokan harinya, mereka tiba di Cappadocia. Kereta yang dinaiki berhenti dihadapan sebuah kedai serbaneka.
"Canem bangun. Tadi kata nak makan maggie." Talia yang lena tertidur sambil melentokkan kepala dibahu Daiyyan terus terjaga.
"Baby bangun kita dah sampai ni." Roy mengajuk. Pipi Alex ditepuk kuat berkali kali.
"Sakitlah sial!!" Aishhh, orang tengah menganalisis data dia pula sibuk menepuk nepuk, kang tepuk guna tapak kaki gajah baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
"Oi orang depan cepatlah bangun. Lenguh bontot dah ni aku duduk." Perli Roy lagi. Tidak peduli dengan amarah Alex terhadapnya.
"Sabar boleh tak. Iman tak ada ke?" Macamlah kedai ni nak lari. Bini aku baru bangun dari tidurkan. Haish..
"1 2 3 4 5 6. Abdullah, mahmud, tiger, Talia, Alex, aku. Mana ada orang nama iman dalam kereta ni." Jari telunjuk diangkat untuk mengira satu persatu manusia yang berada didalam kereta tersebut.
Alex yang melihat hanya menggeleng kepala sahaja. Memang tak terkejut jikalau Roy ditinggalkan disini. Dengan perangai tidak semegah itu, sesiapa sahaja bakal membunuhnya jikalau tidak dapat mengawal emosi dengan baik.
"Kau ni kalau aku lesing apa pun tak dapat tau." Ringan sahaja tangannya ingin melayang. Nasib ditahan oleh Talia.
"Jom." Talia menarik lengan suaminya mengikuti langkah memasuki kedai serbaneka tersebut.
"Ish kau ni." Bahu Roy ditepuk kuat oleh Alex.
"Apa? Aku tak cakap benda salah pun." Bahu diangkat. Bila masa pulak dia buat salah.
"Hmm, kau lah yang terpaling betul." Kaki Alex melangkah keluar daripada perut kereta tersebut. Abdullah dan Mahmud selaku driver mereka hanya menunggu didalam kereta sahaja.
"Hubby, canem nak tu." Manisan Turki yang dipanggil baklava tersebut dipilih.
10 kotak baklava diambil. "Ni cukup?" Tangan naik mengangkat kotak manisan tersebut.
"Ishh, perli ke? Sikit dah la. Orang nak rasa saja." 9 kotak ditangan Daiyyan diambilnya. Talia lalu meletakkan semula kotak kotak tersebut di tempat asalnya semula.
"Sikitnya. Cukup ke tu?"
"Cukuplah, orang tak bela hantu raya pun." Talia mengikuti langkah Daiyyan ke counter pembayaran.
"Bukan hantu raya makan telur ayam mentah ke? Sejak bila dia makan manisan pulak?" Kepala disengetkan memandang Talia.
"Ishh, biarlah dia nak makan apa apa pun." Sebelah lengan Daiyyan ditampar. Nasib disini semuanya berbahasa Turki. Jikalau tidak pasti dia yang mendapat malu.
"Haihh, yelah canem."
"Kartla ödeme yapıyorum (Saya bayar guna kad)" Kad berwarna hitam berserta ukiran tulisan ' infinity ' diatasnya dihulurkan.
Penjaga kaunter tersebut terus memandang Daiyyan daripada atas sehingga bawah. "Kaplan (Tiger)?" Tenganga besar mulutnya memandang.
"Shhhh, sadece işini yap (just do your work)." Senyuman yang berpura pura dimaniskan itu ditanyangnya.
Sambil menunggu Daiyyan selesai membuat pembayaran. Talia pula berjalan kearah Roy dan Alex yang sakan berborak. "Rancak borak." Tegurnya selamber. Apa nak takut. Dia dah jadi ma'am besar kat sini.
"Ah biasalah. Seronok pulak nak membawang pasal boss kitorang dengan bini dia tu." Perli Roy dalam diam. Yang faham sahaja faham.
"Boss yang mana satu ek?" Kepala yang elok berlapik tudung digarunya sengaja. Almaklumlah, dua ketul manusia inikan mempunyai dua orang boss.
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...