#10

122 4 0
                                    

"Baby why pipi you lebam lebam ni!!" Pipi Dragon disentuhnya. Namun tangan itu diterpis kasar oleh jejaka tersebut.

"Hishh blah la tangan kau tu. Tadi mamat mana tah tampaq aku." Tangan masih sibuk menuam pipi sendiri menggunakan ais yang dibalut dengan kain tersebut.

"Eyy mamat mana yang tampar you ni. You pun satu hal, asal you tak tumbuk dia balik. Nama je mafia." Tangan memeluk tubuh sendiri. Sempat Rose memerli lelaki simpanannya itu.

"MANA LA AKU TAHU!! Diam la perempuan. Memekak aje kerja!" Tangan sudah mengenggam koler baju milik Rose itu. Kaki Rose tidak menjejak kelantai dek gengaman lelaki itu.

"Lepas la bodoh!!" Kakinya yang di awang awangan menendang perut Dragon. Serta merta tangan yang mengenggam koler baju itu dilepaskan. Takala koler bajunya sudah bebas dek pengang itu terus membuatkan Rose terjatuh kelantai seperti nangka busuk.

"Auch! Tak guna kau Dragon!" Kaki yang memakai kasut tumit tinggi itu berjalan menghentak ke lantai marmar tersebut. Membuatkan bunyi nyaring kedengaran di telinga Dragon.

Selepas sahaja melihat kelibat gadis tersebut keluar daripada markasnya terus bungkusan ais itu dilempar kuat ke lantai. Geram bila teringat mukanya yang ditumbuk kuat itu.

"Mati budak tu kalau aku dapat nanti! Sejak bila pulak Talia ada boyfriend. Tapi siapa budak kecil disebelah dia tadi?" Kepala yang berdenyut disentuh. Sakit akibat memikirkan persoalanan tersebut.

'Kau tunggu Talia. Tak lama lagi, aku akan buat kau merana.' Gumamnya dalam hati.

"Woi, kau mai sini jap." Dragon memanggil anak buahnya yang berada tidak jauh darinya itu.

"Yes boss!"

"Cari perempuan ni." Tangan menunjukkan gambar Talia kepada anak buahnya itu. Lalu dia mengangguk faham. Pantas dia berlalu pergi meninggalkan Dragon.

Gelas berisi muntah syaitan itu dicapai. Pistol yang berada ditangan terus di sasarkan pada salah seorang tahanannya.

POMP!!

Terbaring tubuh badan yang disasarkan tadi. Gelas yang berada di sebelah tangannya itu diteguk penuh rakus. Takala minumam habis diteguk, gelas itu dilemparkan pada wajah salah seorang anak buahnya. Belakang tapak tangan disapu pada mulut. Menghilangkan sisa minumam itu tadi.

"Tiger..Hahaha.. Rindu pulak aku dengan kau ye." Pistol yang berada ditangan itu dilempar pada salah seorang anak buahnya. Kedua dua belah tangan menolak lengan sofa tersebut untuk berdiri. Dia melangkah menuju ke arah pintu keluar markas Rose's Dragon.

Sampai sahaja di hadapan markas milik Tiger, terus kaki melangkah masuk ke dalam.

"Uihh Roy!!" Tangan merangkul bahu Roy yang sedang bermain dengan telefon pintarnya.

'Ya Allah! Bala sudah mari.' Roy menayangkan senyum kambing pada Dragon. Tangan masih memegang telefonnya.

"Mana harimau tu. Rindu pulak aku nak borak dengan dia." Tangan sudah melepaskan bahu yang dipegang itu. Ruang sofa bersebelahan Roy menjadi tempat untuk Dragon meletakkan punggungnya.

"Entah." Jawabnya ringkas.

Tiba tiba..

Kedengaran bunyi motorbike yang nyaring diluar markas tersebut. Menandakan seseorang baru sahaja sampai di luar markas itu.

"Asalammualaikum." Helmet dikepala dilepaskan. Rambut yang serabut itu diraup ke belakang. Kaki melangkah masuk ke dalam markas tersebut. Terbeliak matanya melihat musuh yang dicari cari itu sudah berada di markasnya dengan rela hati. 'Uishh dah bertaubat untuk mati ke dia ni.' Omel Daiyyan pabila melihat Dragon yang duduk disebelah Roy itu.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now