#43

95 2 0
                                    

Tiba sahaja dimuka pintu rumah semi-d tersebut, Talia hairan memandang kedalam kawasan rumah uminya itu. Buat kenduri ka? Takkan kenduri suram macam ni kot.

Tiba tiba bahunya disentuh seseorang dari arah belakang. Tatkala dia menoleh, wajah Daiyyan yang memegang beg pakaian mereka di tangan lelaki itu dilihat. Kuat gila. Tadi dia nak angkat beg sendiri pun tidak lepas.

"Canem.." Panggil Daiyyan lembut. Bahu isterinya diusap berkali kali. Seakan akan menyalurkan semangat pada tubuh genit itu yang bakal lemah sebentar lagi.

"Kenapa?" Soal Talia bingung. Dah kenapa Daiyyan ni. Cuba straight to the point sahaja.

"Canem sabar tau. Hubby tahu canem kuat. Ingat I always with you everytime you need me okey." Wajah sang isteri ditatap lembut. Tatkala pandangan mata tersebut berhubung, mereka seakan akan berkomunikasi tanpa lisan.

"Astaufirullah halazim!!" Dengan sepantas kilat dia berlari menuju kemuka pintu hadapan. Jasad yang dibaluti kain kafan berwarna putih itu ditatap. Siapa?

"A...Alang?" Tubuh adiknya yang sedang elok mengalunkan ayat ayat suci hati al quran itu disapa. Dia rebah disebelah adiknya. Menanti jawapan yang bakal diberikan.

Pabila menyedari kakaknya tiba. Kain pelikat yang menutupi wajah jenazah tersebut diselak. Wajah pucat bersama bau yang tidak enak menusuk kedalam rongga hidung setiap tetamu yang hadir. Kesemua mereka hanya mampu menutupi hidung masing masing menggunakan kain ataupun tangan sahaja. Bahkan, ada juga jiran tetangga yang bergosip antara satu sama lain sambil mata melirik kearah jenazah.

"Innalillahiwainnailaihirojiun." Mata dipejam sekali. Talia cuba untuk menenangkan dirinya.

"Mana umi?" Soal Talia tenang. Selaku kakak dan anak sulong keluarga tersebut, dia seharusnya terlihat matang dan tidak mudah goyah. Walaupun hakikatnya hanya allah sahaja yang tahu betapa retaknya hati ketika ini. Nakkan pula bapa kandung sudah pergi meninggalkan dia sendiri disini.

"Kat dapoq." Balas Erfan.

"Kakak takmau cium bapa ka?" Wajah Talia ditatap lama.

Risau jikalau benteng tangisan bakal pecah tidak lama lagi. Wajah bapanya dicium sekilas. Terus dia melangkah kearah bilik tidurnya yang hanya bersebelahan dengan dapur itu.

Tebing katil menjadi tempat dia merebahkan punggungnya. Wajah ditekup. Tanpa dia sedari, cacair hangat mulai turun membasahi pipi mulus itu. Tiada esakan yang didengari hanya tangisan yang dibanjiri.

Tiba tiba...

Dedaun pintu dikuak. Tubuh tinggi lampai berbadan tegap itu berjalan menuju kearahnya. Bahu Talia disentuh, serta merta membuatkan dia mendongak memandang figura dihadapannya ketika ini.

Tempat disebelahan isteri kesayangan diambil. Lalu menarik tubuh genit itu masuk kedalam dakapan hangatnya. "Strong girl don't mean she don't need tough man beside her." Belakang Talia diusap lembut. Tahu bahawa isterinya cuba terlihat kuat dihadapan keluarga mereka. Namun, hakikatnya Talia sendiri tidak kuat untuk menghadapi ujian tersebut.

Dapat Daiyyan rasakan bahunya yang sudah lencun dek tangisan sang isteri. Makin lama Talia menangis, makin erat dia memeluk tubuh itu.

"Kenapa canem sedih. Canem tak rapat pun dengan bapa. Tapi kenapa canem sedih." Sambil kepala ditekup pada dada Daiyyan sambil itu dia membuka cerita tersebut.

"It's okey. I'm here hmm."

"Canem teringin nak rasa dibelai bapa. Tapi canem tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah. Ada ke takada ke sama je." Daiyyan menjadi tempat dia untuk meluah. Tangisan makin lebat mengalir dipipi.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now