'Sudah hujung minggu berat pula hati untuk balik ke kedah.' Rungut Talia. Bukan tidak sudi untuk menjeguk keluarganya di sana. Tetapi, jika kakinya menjejak sahaja di depan rumah ibubapanya pasti banyak masalah yang akan didengari.
Sebelum dia bergerak keluar, sempat Talia memeluk Sara. "Kau sabar ye, mungkin tak ada apa apa kot. Parents kau rindu kau je tu." Apa lagi yang Sara boleh buat selain berbicara untuk menghilangkan rasa risau yang diperolehi oleh sahabatnya itu.
"Terima kasih Sara hang selalu ada bila aku perlukan sokongan." Pelukan dieratkan lagi, dengan ini sahaja dia boleh meminjam kekuatan daripada Sara.
Kulim Kedah
Setibanya Talia di depan rumah ibubapanya, Talia mendengar bunyi seakan akan umi dan bapanya bergaduh dia dalam. Terus Talia masuk ke dalam untuk melihat apa yang terjadi.
"Abang kalau abang jual rumah ni pada adik adik abang, kita sekeluarga nak tinggal di mana!" Sedikit lantang suara Puan Erina bercakap kepada suaminya.
"Umi, bapa kenapa ni?" Soal Talia keliru. Mau taknya, masuk sahaja ke dalam rumah terus dia mendengar ibubapanya sedang bergaduh di dalam.
"Kakak, hang ada duit lebih kan. Hang tampong la sat keluarga kita ni. Pak tam dan Pak lang hang dia nak tolong kita dengan membeli qumah ni." Jelas Encik Taufiq dengan penuh terperinci kepada anak gadisnya yang sorang ini.
"Tolong?! Tolong apa sampai nak kena beli qumah oqang ni. Awat depa ingat bapa tak qeja dah, qumah ni tak boleh dibayaq. Tak apa, akak boleh tolong bayaq duit qumah kalau macam tu." Pelik Talia kepada dua orang pak saudaranya itu. Bukan ini cara untuk menolong. Sudah seakan akan mengambil kesempatan sahaja.
"Abang.. adik dan alang masih belajaq lagi, takkan kita nak kena duduk qumah sewa, tak pun memang depa nak kita merempat bawah jambatan. Rina dah kata dah dekat abang untuk cari qeja. Ini tak, semua nak memilih." Bebel Puan Erina, penat.. memang penat untuk dia menampung 4 orang anaknya dan juga suaminya sekali gus.
Sejak Talia Humaira berusia 16 tahun, kerja yang dilakukan suaminya tidak memperolehi keberuntungan, malah mengsurutkan lagi duit yang ada. Bukan dia tidak menasihati suaminya untuk mencari perkerjaan yang lagi, tapi suaminya tetap memberi alasan yang sama 'abang tak minat nak buat kerja itu'.
Semasa Talia ingin menyambungkan pembelajarannya dalam bidang farmasi teknologi. Puan Erina terpaksa menebalkan muka meminta duit daripada saudara mara yang lain. Walaupun ada yang menghina, memakinya. Dia tetap dengan pendiriannya untuk melihat anaknya berjaya.
Takala Talia melihat uminya yang sudah bertakung air mata, pantas Talia memeluk bahu itu untuk memberikan kekuatan. "Bukan macam ini abang, kalau depa nak tolong kita boleh sahaja depa menghulur duit 50 ringgit seorang ka. Kenapa perlu rumah kita dibelinya." Geram, memang geram dengan sikap suaminya yang sentiasa memehakkan keluarganya berbanding anak bini dirumah.
"Erina hang jangan nak biadab dengan aku, dah lama aku tak naik tangan dengan hang. Ingat sikit hang tu sapa, aku ni sapa." Encik Taufiq jikalau sedang serabut ekor harimau pun dia berani gigit.
"Bapa apa cakap macam tu." Tegas Talia bercakap, risau pula uminya dibelasah dek panas baran bapanya.
"Hang diam Talia Humaira!! Tau la aku nak buat apa, awat hampa ingat aku ni bodoh sangat ka sampai tak tau beza baik dengan buruk!" Tangan Encik Taufiq laju menampar dinding di sebelahnya menandakan dia sedang rimas. Disebabkan tengkingan Encik Taufiq, tangan Talia menggigil seakan akan kesejukan.
Bingkas Encik Taufiq keluar daripada rumah tersebut menaiki kereta Protonnya membawa tanpa ada arah tuju.
Setelah melihat kelibat suaminya tiada, bahu anak gadisnya menjadi tempat untuk dia menangis dan meluahkan setiap luka dihati.
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...