#6

139 7 0
                                    

"Terima kasih kerana sudi melawat kilang ni." Sara pula mengambil alih, setelah Talia melarikan diri entah ke mana. Kenapa? Dia sendiri tidak tahu mengapa.

"Kirim salam pada bakal menantu saya ye." Bisik Tengku Ibrahim pada Sara. Nasib hanya tinggal mereka sahaja disitu.

Setelah kelibat Tengku Ibrahim tidak kelihatan terus Sara menekup mulutnya tidak percaya. "OMG!!! Talia nak kawin dengan anak Tengku Ibrahim ke siut!!!" Hampir satu kilang itu boleh mendengar suara Sara

Takala merasa semua mata mata melihat kearahnya, terus dia menunduk menanda maaf kepada orang disitu.

Berlari anak Sara dibuatnya sambil mencari keberadaan sahabatnya itu. "BEB! BEB! MANA KAU BEB!!" Dah seakan akan cippanzi di zoo sahaja.

"Woi hang dh kenapa dok beb beb, hang kambing ka?" Pelik betul Talia melihat sahabatnya itu.

"Kau ni nak kawin tak invite aku pun, sampai ati(hati)." Sambil sikunya menyiku pelahan bahu Talia. Macam ni ek kawan. Sembang kata single, tup tup hmm nak kawin dengan anak Tengku Ibrahim.

"Kepala otak hang aku nak kawin. Hang nak tengok aku dapat lelaki macam bapak aku tu. Taksat baru ja dia call mintak duit, kononnya nak beli baqang qeja." Teringat Talia pada panggilan bapanya sebentar tadi. Itu juga merupakan sebab kenapa Sara perlu mengambil alih lawatan tersebut pada akhirnya.

"Sorry do aku lupa, tapi aku pasti ngat ngat! Anak Tengku Ibrahim tu perangai mesti macam Tengku Ibrahim sendiri. Sapa ek nama anak dia, ek kau kan lama dengan diorang tadi. Anak Tengku Ibrahim ada sekali ke." Ha memang padan la mereka berteman. Silap haribulan jiran rumah yang bersebelahan dengan rumah mereka itu pindah asebab terlalu bising.

"Eishh ada je, nama anak dia Tengku Daiyyan Abhar. Tak nak la aku dengan dia, tak pasal pasal anak aku nanti susah nak mengeja nama bapak sendiri." Sudah la kepala anak si Tengku Ibrahim itu kena shot karen. Tak pasal pasal dia jadi gila melayan Daiyyan seumur hidupnya.

"Haihh yela, jom dah habis kerja kan. Kau teman aku lepak dengan boyfriend aku nak tak. Dia ada bawak kawan kawan dia. Aku segan la." Pujuk Sara. Ah memang tak la nak pergi seorang diri. Kalau ikutkan hati dia memang tak nak pergi. Tetapi dia rindukan ucuk acamnya.

"Haihh yela jom." Kesian pula Talia ingin menolok pelawaan sahabatnya itu. Tak berfikir lama kereta Myvi milik Talia bergerak laju menuju ke kedai mamak tersebut.

"Bapak la ramai gila kawan Farid, serious la Sara?" Hayy segan pula dia ingin terun daripada kereta.

"Jom la aku rindu ucuk acam aku." pujuk Sara lagi.

"Haishh yela yela." Lemah betul Talia dek pujukan Sara. Tah tah dia telah dibomoh oleh sahabatnya sendiri, jokes. Omel hatinya.

Mereka berjalan masuk ke dalam kedai mamak tersebut. "Cinta!! Eh you bawak member you jugak ke?" Soal Farid takala melihat kelibat Talia dibelakang kekasih hatinya.

"Iyee, memang tak la I nak datang sorang." Gila agaknya si Farid ni. Nasib belum halal, jikalau sudah pasti kepala lelaki itu diketuk olehnya.

"Farid ni ke member girlfriend kau yang kau cakap tu. Lawa mat." Puji Roy takala melihat sosok wanita yang berdiri dibelakang kekasih Farid itu.

"Cinta, Talia, duduk la dulu. Order la, I berlanja you guys." Pelawa Farid.

"Nama you Talia ke?" Soal Roy. Haishh jangan sia siakan peluang yang ada. Lawanya anak siapalah ini agaknya.

"Hmm." Balas Talia ringkas. Sudah masak dengan perangai buaya darat ni. Lagi lagi buaya darat yang sorang tu, tak lain tak bukan, Tengku Daiyyan Abhar.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now