"A..Apa hang buat kat sini?" Bergetar suara itu menahan geram. Sungguh hatinya kini tertanya tanya kenapa bapanya itu berada dimarkas ini. Takkanlah bapanya bersengkongkol dengan Qayyum?
"Kakak, aku ni bapa hang lagi tau. Hormat sikit." Bungkusan makanan itu dibukanya. Tangan ingin menyuap makanan tersebut, namun kepala anaknya mengelak daripada disuap.
"Sedaq pulak yang hang ni bapak aku. Awat selama ni hang biaq anak anak hang kat isteri hang soqang?" Matanya tajam memerhati tingkah laku Encik Taufiq.
Lelaki berusia itu tetap diam. Terkelu lidah tatkala kata kata anaknya seakan akan sebilah pisau yang tumpul menikam jiwa raganya ketika ini. Sungguh dia menyesal atas perbuatannya itu.
"Awat hang diam? AWAT HANG DIAM?! JAWAB MUHD TAUFIQ!" Bengang tatkala bapanya seakan akan tunggul sahaja.
Tangan yang kian ringan itu terbang menyapa dipipi mulus anaknya. Terheleng kepala itu dek tamparan. "Aku tak pernah ajaq hang biadap macam ni kakak!" Sudah dia cuba untuk berbaik dengan anak gadisnya itu. Mengapa keras sangat hati Talia ketika ini.
"Heh? Hang tak ajaq? HANG TAK AJAQ?! Bukan hang ka yang selalu ajaq aku dengan adik adik macam ni?" Sinis kedengaran bunyinya.
Talia tidak mengendahkan lagi pipinya yang merah membahang dek tamparan kuat bapanya itu. Nak kisah buat apa? Dah selalu kena.
Makanan yang tadinya berada ditangan untuk disuapkan kepada Talia, terus dicampak kearah wajah anaknya itu. Jika ingin diikutkan sahaja amarahnya ketika ini, makanan tersebut pasti akan digonyoh ke wajah cantik tersebut.
"Aku harap hang boleh bayaq semua hutang aku pada dragon." Beritahu Encik Taufiq sebelum kaki mengorak langkah keluar daripada bilik tersebut.
'Dragon?'
'Siapa dragon?'
'Apa maksud bapa?'
اللهم إني أعوذ بك من جهد البلاء ودرك الشقاء وسوء القضاء وشمائة الأعداء
Bacaan latin: Allahumma inni a'udzubika min jahdil balaa-i wa darkisyaqa- i wa syamaatatil a'daa-i
'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari bala yang berat, kecelakaan yang menimpa, ketentuan yang jelek, serta kejahatan musuh yang zalim.'
Sempat dia titipkan doa sebelum matanya ditutup rapat. Demi untuk menghilangkan kelaparan yang tak terhingga itu. Bagaimanalah nasib penduduk penduduk di Gaza. Aku pun baru tak makan beberapa jam dah lapaq nak mampuih, macam manalah nasib depa. Omelnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
Puan Dayang berulang alik berjalan di atas permaindani mewah itu. Kuku digigitnya. Kepala sibuk memikirkan seseorang yang ditunggu tunggu daripada tadi."Mama kenapa ni, pening Ayash tengok tau." Tangan kecil itu menarik perlahan abaya yang dipakai mamanya. Mana tak pening, daripada tadi lagi mamanya sibuk mundar mandir dikawasan yang sama.
"Ishh mama risau Kak Talia kamu ni. Dari semalam tak balik balik."
"Nak suruh abang kamu pergi cari, masalahnya abang kamu 2 hari lagi baru sampai Malaysia." Jelas Puan Dayang. Entah faham atau tidak anak kecil itu. Haihh yang Daiyyan ini pun satu hal. Sewaktu hari kawinnya dan Talia hendak tibalah ada kerja pun. Entah apa urusan anaknya itu di Turki.
Tiba tiba otaknya berfikir sesuatu.
Olivia Ayana.
Nama itu yang terlintas di benak fikirannya ketika ini. Hanya gadis itu yang dia harapkan. Pantas tangan mendail nombor telefon Olivia.
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...