#29

99 5 1
                                    

Busana pengantin yang berwarna putih itu elok terletak pada tubuh genit milik Talia. Tudung bawal yang tersarung diperbetulkan oleh Mua yang dipilih Daiyyan sendiri. "Kak, jangan tebal sangat makeup tu. Saya rimas." Beritahu Talia kepada Mua tersebut. Sudahlah cuaca panas. Memang tidaklah dia ingin mengenakan makeup setebal 10 inci diwajah.

"Dah habis nipis dah ni cik Talia." Tersenyum kambing Mua itu dibuatnya.

Pintu bilik dibuka. Puan Erina masuk kedalam bilik yang menempatkan anak gadisnya itu. "Amboi, lawa anak umi ni. Dah jadi isteri oqang dah dia noh." Kepala anaknya digosot lembut. Berat hati sang ibu tatkala ingin melepaskan satu satunya anak perempuan dia itu. Ibu mana sahaja sanggup berpisah dengan anak sendirikan?

"Lahh, awat umi nangih nih." Tangannya naik mengelap setiap mutiara mutiara yang turun membasahi wajah sang ibu.

"Umi mintak maaf nah. Hang kahwin sequpa takdak bapak." Bukannya dia tidak cuba untuk menghubungi Encik Taufiq. Namun, setiap kali dia membuat panggil, pasti suaminya itu tidak mengangkat.

"Tak apa, kakak faham. Dah jangan dok nangih la. Malu bakal besan tengok sat gi." Tisu dihulurkan kepada Puan Erina.

Tok.. Tok.. Tok..

Dedaun pintu diketuk. "Talia, lama lagi ke. Pengantin lelaki dah on the way tu." Beritahu Sara dari luar.

"Tak!! Dah siap dah ni!" Tangan uminya ditarik keluar daripada bilik itu bersama sama.

"Eh cikna okey ke ni?" Risau pula Sara tatkala melihat wajah umi si Talia ini sudah basah. Menangis ke? Tapi logik la kalau menangiskan? Mak mana je yang tak akan menangis anak mereka bakal diambil orang lain.

"Ye okey ja, saja nak buat drama sikit dengan Talia ni." Kedua dua bahu Talia dipegang lembut.
.
.
.
.
.
.
.
.
------------------------------------------
.
.
.
.
.
.
.
.
Tatkala Range Rover itu bergerak melalui jalan raya Kuala Lumpur yang sering kali mengalami kesesakan itu. Alex yang berada disebelah
kerusi pemandu pula sibuk memeriksa telefonnya. Malang sekali komputer riba tidak dibawa bersama. Telefon sahaja yang menjadi alat untuk dia mengodam.

"Cane, okey ke?" Soal Daiyyan yang sibuk memandu itu.

"Tak ada pun tanda tanda dragon nak kacau." Balas Alex.

"Mana aci!! Majlis aku haritu sibuk pulak dragon kacau. Time Daiyyan, elok je dia tak kacau." Sampuk Farid dibelakang. Ahh ini tidak adil. Ada ke patut majlis dia yang dikacau. Sudahlah Sara koma akibat tindakan dragon tersebut.

"Sapa suruh tak baca doa makan."

"Untuk apa pulak! Makan dragon tu ke?"

"Haihh, kau ni. Belajar tinggi tinggi, otak tu jangan letak tinggi sangat boleh. Tak bersambung urat saraf nanti. Terus jadi biul macam sekarang." Bebel Daiyyan.

"Bising la kau ni, aku nak call dengan laling aku pun tak boleh." Geram Roy dibuatnya. Kerja membebel je. Boleh tak kalau dalam kereta tu diam sahaja. Penat tau nak dengar.

'Eleh, selalu dia bising tak apa pulak.' Omel Farid.

Aariz pula elok tertidur ditengah tengah. Kepala dilentokkan dibahu Roy.

"Kau ada laling ke?" Setahu Alex, kawannya itu single sahaja. Sejak bila ada kekasih pula ni?.

"Hehehe, adalah!!"

Sampai sahaja mereka di hadapan ruang hotel mewah yang sudah ditempah oleh papanya itu, kerusi meja yang tersusun untuk pengantin dan saksi akad nikah itu ditujunya. Aduhh nervous pula.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now