#34

94 4 2
                                    

Selesai sahaja majlis bersanding, semua keluarga sibuk melepak diruang tamu sambil melayan filem. "Kakak, hang balik kolumpoq bila?" Soal Puan Erina sambil tangan menyicah mempelam berserta asam.

"Tak tau. Oqang ikut Daiyyan ja." Macam menarik pula melihat uminya sibuk menyicah. Dia pun turut serta sekali.

Daiyyan yang berada disebelah alang itu berpusing melihat dua wanita tersebut. Dah kenapa nama dia dipanggil ni?

"Umi panggil Ayan ke?"

"Eh tak, umi tanya Talia. Hangpa balik KL bila?"

"Ohh, dua hari lagi." Balas Daiyyan sambil tersenyum. Sengaja dia ingin membiarkan isterinya meluangkan masa bersama keluarga.

"Hang ni kak. Makan bukan nak pelawa suami nuh." Bahu anak gadisnya disapa. Aduhh, dia makan kira perut sendiri sahaja.

"Lahh, Pelam ni kat sini ja pun. Takkan dia tak nampak." Satu potong mangga disuapkan kedalam mulut sendiri. Nikmat!!

"Ishh, hang ni." Peha anaknya ditepuk kuat. Macam manalah nanti hidup berdua. Mungkin mati kebulur si Daiyyan tu.

"Haishh, yela yela."

"Woi, hang nak makan pelam dak?"

Kening Daiyyan naik sebelah. Amboi!! Mentang mentang depan umi. Sengajalah tu nak ajak gaduh.

"Nak. Canem suap." Senyuman miang ditanyangnya. Pandangan adik beradik Talia dia tidak dipedulikan.

Terlopong biji mata mendengar ayat tersebut. Ahh, Daiyyan ni saja nak menggedik depan semua orang. Malulah dia!!

"Ada tangankan."

"Kakak, berdosa tolak permintaan suami." Peha Talia sekali lagi ditampar uminya. Apa umi ni!! Berpihak pada Daiyyan pula!

"Ishhh." Pelam yang berada ditangan dicicahkan dengan asam yang banyak. Kaki melangkah bangun menuju ke arah suaminya yang berada disebelah alang. Pelam ditangan disuap ke dalam mulut Daiyyan dengan gelojoh. Ambik hang!!

Tatkala rasa masam menyapa lidah, terus mukanya berubah. "Ca..Canem.. Acamnyaa.. ape acam angat ni."

Terletus ketawa Talia pabila wajah Daiyyan berubah. Puan Erina sudah menggeleng melihat perangai mengusik anaknya itu. Memang malanglah Daiyyan selepas ini. Pasti bakal diusik oleh Talia hari hari.

"Alang pi ambik ayaq kat abang hang." Arah Puan Erina. Kasihan pula dia melihat.

Alang yang tengah ralik menonton television itu pantas bangun menuju ke dapur. Air yang berada didalam botol itu dituangkan kedalam gelas. Lalu dibawanya gelas tersebut kepada Daiyyan.

Mulut mengemam air tersebut bagi menghilangkan rasa masam itu tadi. Haishh, bertuah punya isteri. Tunggulah nanti. Apa, ingat dia seorang je pandai prank orang?

"Cedap tak?" Talia mengelip gelipkan matanya beberapa kali. Sengaja ingin menyakat lagi.

"Apa kakak ni. Kesian suami tu." Marah Puan Erina. Haihh, entah turun siapa perangai tak semegah itu. Sudah bergelar isteri pun masih suka menyakat.

"Esok nek hang suruh pi qumah dia bawak Daiyyan sekali."

"Buat apa mi?" Aduhh ini yang malas ni. Nanti pasti bertemu dengan keluarga Pak tam itu. Haishh.

"Kan depa nak buat kenduri sambut menantu." Sudah menjadi adat tradisi keluarga Nek Tipah apabila mendapat menantu. Setiap menantu bakal diraikan dengan membuat kenduri kesyukuran.

"Kalau kakak tak mau pi boleh dak?" Muka seposennya ditayang.

"Otak hang, kenduri ni untuk suami hang. Hang wajib pi."

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now