#44

323 5 1
                                    

Selesai sahaja kenduri Tahlil arwah, mereka terus mengemas pinggan mangkuk yang digunakan. Kebanyakkan tetamu sudah pulang ke rumah masing masing. Yang tinggal hanyalah keluarga dan saudara mara sahaja.

"Hubby, tolong angkut tong ayaq tu sat. Canem nak basuh." Arah Talia tatkala melihat gerangan Daiyyan diruangan dapur tersebut. Malas pula dia ingin mengulang alik dari depan ke dapur berkali kali. Sudahlah penat bercuti belum reda lagi.

"Canem duduklah, biar hubby yang buat. Tadi canem tak makan lagikan. Nanti kita makan sama sama ye." Lengan baju kemeja bertangan panjang itu dilipat keatas. Terus kaki melangkah kehadapan semula. Tidak sempat Talia untuk menjawab.

"Woi perempuan, aku dah nak balik ni. Tolong tapau sat lauk tu kat aku." Arah maktam selamber. Kerusi dihadapan meja makan berbentuk bulat itu diambilnya. Sambil sambil menunggu anak saudaranya untuk membungkus lauk pauk tersebut, sambil itu juga dia bermain telefon.

"Daiyyan suruh Talia duduk. So maktam terpaksalah bangun and buat sendiri okey." Jawabnya. Ah, tadi bukan main lagi mereka bergaduh. Takkan sudah lupa kot. Ingin senang senang sahaja dia mahu berbaik dengan makcik tua tak sedar diri ni?

"Biadab hang sekarang noh. Hang jangan sampai aku suruh anak aku tu cabut nyawa adik adik hang yang lain pulak." Ugut maktam. Sakit pula hati ini pabila seringkali dipijak pijak oleh Talia.

"Amboi, dah ambil job as malaikat maut ka?" Jelingan tajam dihadiahnya. Suka suka sahaja nak buat kerja tuhan. Inilah manusia tidak tahu asal usul. Makin dibiarkan, makin naik lemak sahaja.

"Cakap mengalahkan ustazah. Hang jangan sampai aku bocorkan rahsia suami hang nah."

"Rahsia apa maktam?" Soal suara dingin yang baru sahaja memasuki ruang dapur tersebut. Tong air beserta trek makanan yang sudah kosong dibawanya.

"At least, suami Lia tak buat kerja haram." Dengan yakin dia berkata. Talia yang asalnya duduk itu terus berdiri mendapatkan Daiyyan. Tangan Daiyyan dirangkul erat.

Mulutnya mencebik."Jual dadah tu halal ke? Jual organ manusia tu halal? Kitab mana hang belajaq?" Tidak henti henti maktam menyoal.

Barang barang yang dibawa kemudiannya diletakkan disebelah singki. Lalu dia berpusing memandang kearah mak saudara isterinya itu. "Sorry, saya rasa maktam salah info ni. Spy mana yang maktam upah? Saya cuma menjual senjata berlesen sahaja. Kalau tak percaya pergilah tanya mana mana tentera ke polis ke."

"Tanya diorang, diorang kenal tak kumpulan The tiger's fort. Lepastu maktam tanya lagi, apa kumpulan tu buat sampai famous sangat tu."

"Setakat kumpulan Rose's Dragon milik anak maktam, Qayyum tu. Seya jentik dehi pun sudah dia punya bulu bulu guyang guyang." Tangan Daiyyan sengaja membuat ayunan ayunan diudara. Menggambarkan bulu roma yang ditiup angin.

"Harap muka ja lawa. Cakap sequpa bangla. Patut si Talia ni berkenan sangat. Elok la hampa dua. Laki bini dua dua gila." Balas maktam menyampah. Lalu dia bangun dan beredar daripada kawasan tersebut. Tidak jadi hasratnya ingin membungkus makanan untuk habuan suaminya Talip dirumah nanti. Haihh, tak pasal pasal nak kena masak pula.

Orang ajak datang tahlil adik sendiri taknak. Katanya malu ingin mengaku diri itu adik kepada jenazah.

"Dah leri dah canem. Seya tak buat epa epa pun dia leri."

"Itu maktam tirkijut(terkejut) kut tengok bengla encem." Batang hidung Talia sengaja dicuit menggunakan jari telunjuknya. Comel.

"Berguna jugak loghat bangla hubby ni." Tidak boleh dinafikan, sememangnya loghat itu sangat membantu. Membantu dalam menghapuskan syaitan yang menghasut sebentar tadi. Upsss...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now