#9

121 6 0
                                    

"Tengku Daiyyan Abhar, datang bilik papa jap." Tengku Ibrahim bercakap di dalam telefon office tersebut.

Knock! Knock! Knock!

"Masuk." Balas Tengku Ibrahim ringkas.

"Hmm kenapa papa nak jumpa Ayan?" Soal Daiyyan takala meletakkan punggung di kerusi berhadapan meja kerja papanya.

"Papa outstation seminggu. Boleh tak papa nak mintak kamu tolong tengok tengokkan kilang ubat ubat tu sekejap. Papa tahu kamu tak suka bau ubat, so kamu hanya perlu berjumpa dengan pekerja situ sahaja." Jari jemari mengetuk ngetuk meja di hadapannya. Menunggu anaknya untuk bersetuju.

"Boleh la. Tapi dengan satu syarat." Daiyyan menayang jari telunjukkan menandakan satu.

"Okey apa syarat kamu tu." Tangan memangku kepala sendiri sambil menunggu syarat yang bakal diberikan oleh anaknya itu.

"Ayan nak berurusan dengan pekerja yang bernama Talia Humaira sahaja. Deal." Senyuman sinis terukir dibibir. Entah mengapa dia berkata bergitu. Sedangkan kepalanya tidak berfikir untuk mengelurkan perkataan tersebut. Seakan akan hatinya yang berbicara sekarang.

"Amboi Tengku Daiyyan Abhar, anak papa ni dah jumpa bidadari dia ke." Sengaja Tengku Ibrahim ingin mengusik. Jarang sekali melihat anaknya itu berbicara berkaitan perempuan.

"Eishh apa papa cakap macam tu. Tapi papa doakan la hati si dia tu lembut nak terima Ayan. Ayan tak rasa mana mana perempuan akan terima Ayan kalau diorang tahu kerja sambilan Ayan." Kepala terus memandang ke lantai.

"Kamu bagi tahu la Talia tu tentang pekerjaan kamu yang satu itu." Bukannya Tengku Ibrahim tidak mengetahui kerja sambilan yang dilakukan oleh anaknya dan anak saudaranya itu.

"Hmm susah pa..." Kedengaran keluhan yang keluar daripada mulut Daiyyan.

"Tak apa la, papa akan doakan apa yang terbaik untuk kamu ye. Kalau Talia itu jodoh kamu moga moga jodoh kamu berdua akan dipermudahkan." Tangan menyapu muka sendiri seakan akan mengamiin kan doanya itu.

"Iye la pa. Ayan keluar dulu ye." Sebelum melangkah keluar, Daiyyan meminta izin dengan penuh hormat. Lalu kakinya bergerak ke bilik officenya sendiri.

Buka sahaja pintu bilik officenya, tergamam dia melihat sosok seseorang sedang duduk di kerusi berhadapan meja kerjanya itu.

"Adira?" Lah bala apa pula yang datang niii. Rungutnya dalam diam.

"Ayan!! Hai!" Lain pula reaction yang ditunjukkan oleh perempuan tersebut. Gembira minah ni ye.

"Kau asal datang sini. Saja nak bagi mata aku dapat dosa ke." Haihh dengan baju nampak pusatnya, skirt tak cukup kain. Ingat dia lawa ke?

"Sapa suruh you usya. Ke you suka tengok I sebenarnya?" Sengaja tangannya berlegar legar di badan sendiri. Nak goda la kononnya.

"Tak ingin la. You are too cheap for me." Balas Daiyyan dengan nada yang sinis.

"Berlagak." Beg yang di tangan di hempaskan ke atas meja kerja Daiyyan. Lalu kaki melangkah laju keluar daripada pejabat tersebut.

'Ingat beg kau tu mahal sangat ke? Aku boleh beli satu company Gucci la dayii!' Gumamnya pelahan. Dengan gaya belagak itu, rambutnya diraup ke belakang.

Keesokan harinya...

"Tengku Daiyyan, harini Tengku boleh start ambil alih tugas Tengku Ibrahim untuk membuat pemerhatian di kilang kilang." Terang Adam takala melihat anak kepada bossnya itu memasuki ruang pejabat tersebut


Mata mata pekerja wanita yang berada disitu semuanya tertumpu pada Tengku Daiyyan Abhar. Wajah kacukan jejaka tersebut membuatkan lagi gadis gadis di luar sana terpesona melihatnya. Malang sekali, cuma seorang gadis sahaja yang tidak tertarik dengan kekacakan yang dimiliki olehnya.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now