"Haihh perut ni, tadi waktu di rumah papa tak nak pulak kau nak sakit ye." Perutnya digosot seakan akan ibu mengandung. Kaki mengorak langkah menuju ke cafe tadi.
Dalam perjalanan.. Tiba tiba dia melihat sosok yang sangat dikenalinya keluar daripada cafe tersebut.
Dragon...
'Apa dia buat kat sini, takkan dia kacau Talia lagi.' Gumamnya pelahan. Melihat sahaja pada wajah gembira dragon itu, sudah Daiyyan dapat mengagak apa yang terjadi. Tatkala dragon hilang daripada pandangannya, terus kaki melangkah laju mendapatkan Talia.
"Uiy makan tak ajak." Kerusi ditarik untuk duduk. Sengaja dia berpura pura tidak melihat air yang sudah bertakung dalam mata gadis kesayangannya itu. Penumbuk digenggam dalam diam. 'Tak apa kau tunggu nasib kau dragon.' Gumamnya lagi.
"Sapa suruh kau lambat. Aku dengan Lia dah kebulur tunggu tau." Sambil tangan memotong lamp grill yang dipesan, sambil itu juga bibir mengeluarkan kata kata kepada Daiyyan yang berada dihadapan Talia itu.
"Hehe, sorry. Talia, asal kau tak makan lagi?" Sengaja dia bertanya. Meski mindanya dapat mengetahui perkara yang telah belaku semasa ketiadaannya. Melihat Talia yang sudah berwajah mendung itu. Entah apa yang dragon telah cakapkan.
"Daiyyan.. Boleh tak hang tolong repair kereta aku cepat. Aku nak balik Kedah esok..." Talia bersuara. Sedih dan perit dihati cuba untuk disembunyikan. Tidak mahu jikalau jejaka dihadapannya itu mengetahui isi hatinya saat ini.
"Kau pakai la kereta aku. Lagipun kereta Myvi kau tu dah macam hidup sengan mati tak mahu je." Beritahu Daiyyan. Chicken Coop dipotong dan dimakannya dengan selamber.
"Nanti hang nak pakai kereta apa kalau aku guna kereta hang?" Bingung dia dibuatnya. Kepala yang tidak gatal digaru. Tiba tiba tangan Sara naik menyuap makanan ke dalam mulutnya. Serta merta dia menerima suapan tersebut.
"Don't worry be happy. Aku ada banyak kereta aku yang tak terpakai. Kau bagi tahu je nak pakai yang mana satu."
"Bugatti Veyron, Bugatti Chiron, Bugatti Divo, Pagani Huayra Codalunga, Mercedes-Maybach Exelero, Rolls-Royce Sweptail, Bugatti La Vaiture Noire, Lamborghini Sian, Lamborghini Veneno, BMW, Ferrari, Range Rover, Tesla. Ha pilih pilih." Sambil setiap nama kereta sport mewah itu disebut, sambil itu juga jarinya naik seakan akan mengira kesemua kereta yang dia punya. Malangnya, Kawasaki ninja menjadi pilihan hati. Kereta kereta yang berada di garage seakan akan pameran muzium sahaja.
Terbeliak biji mata Talia dan Sara dibuatnya. Mustahil jejaka tersebut mempunyai kesemua kereta yang maha mahal itu. Tengku Daiyyan Abhar. Anak raja ke dia ni?
"Bapak scam!" Tiba tiba Sara bersuara. Masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang diberitahu oleh Daiyyan.
"Pale otak kau scam. Betul la tu semua kereta aku, takkan aku rembat kereta bapak kau pulak." Dengan mulutnya yang penuh dek chicken chop yang disumbat, masih dia berbicara bersama Sara. Nasib tidak disemburnya makanan itu ke muka Talia.
"Macam mana kau nak rembat kereta bapak aku, kalau bapak aku dah tidur 7 kaki ke bawah." Terdiam semua yang berada disitu. Pipi Daiyyan sudah kembung dek makanan yang tidak dapat ditelan. Serba salah jadinya. Yang tinggal cumalah bunyi derapan kaki yang berjalan dalam cafe tersebut sahaja.
"Wey sorry do. Aku tak sengaja.."
"Lah tiber je kau ni. Takpe kalau aku terasa sekali pun, aku akan bagi tahu Farid." Air dihirup. Tergelak dia melihat wajah serba salah Daiyyan.
Selesai sahaja menghabiskan hidangan makanan itu, terus mereka melangkah meninggalkan mall tersebut. Kawasan parking di tingkat atas menjadi arah mereka berjalan.
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...