Pagi tersebut Puan Erina bersiap awal untuk keluar ke pekan. Suaminya pula sudah tidak kelihatan sejak malam semalam. Hilang entah ke mana.
"Umi adik nak ikut boleh?" Soal anak bongsu Puan Erina. Kaki wanita yang sudah berusia itu sudah melangkah keluar.
"Tak boleh. Adik ikut alang jual kuih ni tau. Kesian alang penat jual seorang seorang." Sayu suara itu berbunyi. Serba salah pula pabila mengingati pelawaan yang diberikan oleh anak kebongsunya itu.
"Hmm okey. Umi hati hati tau." Kaki kecil itu melangkah masuk kedalam semula.
Tatkala mata sudah tidak melihat sosok anaknya, kaki terus melangkah menaiki motor buruk itu. Nasiblah masih ada motor ini, bolehlah habuan dia untuk keluar ke pekan sebentar.
Handle motor dipulas.
Setibanya Puan Erina dipekan itu. Bank yang menjadi tujuannya kemari didekati.
Tatkala dia melihat bilangan angka kosong di dalam mesin pengelur duit itu, terbutang matanya. 'Ya Allah, Talia. Banyaknya duit yang hang bagi kat umi ni.' Sayu hatinya berkata. Empangan air mata mula terkumpul. Bergetar tangan Puan Erina tatkala memegang duit yang diberi itu.
'Umi ingatkan hang dah lupa umi. Umi mintak maaf ya kakak...'
Duit disimpan didalam beg kemas. Penjara yang menempatkan anak keduanya dituju pula.
Takala Puan Erina membebaskan anaknya itu tiba tiba...
Pipinya seakan akan menerima tamparan perit. Sakit.
"Awat hang lambat sangat orang tua oi! Memang nak biyaq aku mati kering dalam tu ka?!" Keluar sahaja daripada balai polis, Angah terus memberi tamparan kuat di pipi uminya. Entah apa yang merasukinya tika ini.
"Angah! Sampai hati hang buat umi macam ni! Ingat sikit umi ni umi hang tau!" Air mata disekat. Risau jikalau air matanya menjadi punca anak anaknya masuk kedalam neraka jahanam kelak. Apa salah yang telah dia lakukan semasa mendidik mereka..
"Ish, memekak ja. Mai duit hang tu sikit!!" Tengking anak keduanya lagi. Langsung tidak hairan dengan perubahan wajah sayu uminya itu.
"Angah!! Jangan ni duit kakak bagi kat umi!" Tangan masih cuba merampas semula duit yang diragut oleh angah itu.
"Ah kisah apa aku! Mintak la duit anak kesayangan hang tu lagi. Dia ja yang banyak duit." Balasnya selamber badak. Terus kaki melangkah menaiki motor buruk itu meninggalkan uminya seorang diri.
"Astaufirullah halazim.." Dada yang sakit ditekan dengan tangan sendiri. 'Ya Allah, jika ini balasan untuk setiap dosa yang aku telah lakukan. Aku terima.' Lutut yang kian sakit dek berdiri terlalu lama masih gagah mengatur langkah. Risau jika terlambat pulang ke rumah. Apalah yang akan terjadi pada suaminya itu. Sudahlah hutang ahlong belum dilangsaikan dengan sepenuhnya.
"Ya Allah, bateri telefon habis pula." Peluh yang menitis di dagu dilap menggunakan belakang tapak tangannya.
"Asalammualaikum auntie. Auntie jalan kaki kenapa ni? Hari tengah panas terik ni. Apa kata auntie ikut Oli." Pelawa gadis itu. Tingkap kereta menjadi tempat dia mengajak Puan Erina mengikutinya.
"Waalikummusalam, tak menyusahkan kamu ka? Qumah makcik kat dalam taman nuh. Jauh sikit dari sini." Beritahu Puan Erina sambil tangan memegang belakang. Barangkali tengah sakit belakang?
"Eh takpa takpa, auntie masuklah." Gadis yang membahasakan dirinya Oli itu memujuk.
Tatkala Puan Erina menaiki kereta mewah tersebut, berasa rendah diri pula pabila menerima pujukan itu. Kepala ditundukkan ke bawah. Malu.
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
CasualeTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...