#21

99 6 4
                                    

Tiba sahaja kereta Vellfair itu  dihadapan rumah semi-dnya. Tergamam Puan Erina yang masih menyiram bunga bunga rosenya itu. Siapa?

"Asalammualaikum." Laung seorang lelaki lingkungan usia 50-an.

"Waalikummusalam." Paip getah itu diletakkan ke tepi. Pintu pagar dibuka.

"Boleh saya tau, sebab encik mai qumah saya?" Bingung Puan Erina dibuatnya.

"Kami sebenarnya ada hajat." Beritahu lelaki itu sopan.

"Meh masuk dulu, panaih kat luaq ni." Pelawa Puan Erina.

Keluar seorang lagi wanita dalam lingkungan usia 50-an juga.

"Alang tolong, pi bancuh ayaq sat." Masuk sahaja ke dalam rumah. Alang disuruhnya membancuh air. Tatkala adik pula, sibuk menggoreng kuih muih untuk dihidangkan.

"Susah susah saja." Beritahu wanita itu yang sudah duduk disebelah suaminya.

"Cik berdua ni nama apa tak tau?" Soal Puan Erina pula.

"Nama saya Ibrahim, ni isteri saya Dayang." Beritahu Tengku Ibrahim ringkas.

"Ouh tu ka. Nama saya Erina. Apa hajat mai sini." Tiba tiba sahaja pintunya diketuk.

Alang yang membawa sedulang air diletakkan diatas meja lalu pintu itu dibuka. Beberapa orang lelaki yang membawa dulang masuk ke dalam rumahnya. Tergamam dia melihat dulang dulang yang dihiasi barang barangan yang serba mewah itu.

Cincin yang berada dalam salah satu dulang dicapai Puan Dayang lalu disuakan kepada Puan Erina.

"Eh, saya dah berkahwin." Puan Erina tiba tiba bersuara.

Otak mereka yang berada disitu seakan akan berhenti berfungsi sebentar.

"Eh bukan. Cincin ni untuk Talia, anak perempuan Erina." Sambung Puan Dayang. Tersenyum manis dia dibuatnya. Roy yang berada di hadapan salah satu dulang itu sudah menahan ketawa sehinggakan wajah bertukar merah. Cepat cepat Alex menepuk belakang badan rakannya itu.

'Bongok dalam rumah orang jangan buat hal.' Gumamnya.

"Oh yaka. Tapi saya kena tanya tuan punya badan dulu. Boleh ka?" Soal Puan Erina. Malu pula dia jadinya.

"makcik jangan risau, dia mesti cakap yes punya." Sambung Aariz yang berada di sebelah Roy itu. Kepalanya terus ditampar Roy. Bongok punya member.

"Ha takapa la kalau macam tu. Kira, pinangan ni diterimalah."

"Alhamdulilah." Balas Tengku Ibrahim dan Puan Dayang serentak.

"Jemput la makan kuih ni. Maaf la, saya mampu hidangkan makanan ni ja." Pelawa Puan Erina. Serba salah pula jadinya.

"Sodapnya makcik!" Puji Roy. Pipi sudah kembung dek kuih yang masih terkumpul di dalam mulut itu.

Hendak sahaja tangan Alex naik mengetuk belakang kepala Roy. Nasib mereka masih lagi di rumah orang.

"Ha kalau sedap makan la. Nanti nak bawak balik sikit bagi tau makcik. Makcik tolong bungkuih." Pelawa Puan Erina lagi.

Gembira dia melihat tetamu yang menikmati hidangannya ketika ini. Terharu dia dibuatnya. Sudahlah makanannya itu biasa biasa sahaja. Namun, masih dihargai. Harap harap ini pilihan terbaik untuk Talia.

"Boleh saya nak tengok qupa anak Encik Ibrahim?" Soalnya tiba tiba.

"Boleh boleh, kejap." Telefon dikeluarkan lalu gambar Daiyyan ditunjukkan kepada Puan Erina.

"Lahh mak pak Daiyyan ka. Baik budak ni. Awat tak habaq awai awai." Lantai ditepuknya.

"Ya Allah makcik! Memang baik sangat orangnya. Boleh dikatakan pijak gajah, semut yang mati lah" Seakan akan memerli pula nada suara Roy itu. Kali ini kepala Roy pula ditepuk Aariz.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now