Sejak dua menjak ini Talia merasakan dirinya seakan akan diperhatikan seseorang dalam diam. Tempat yang selamat buatnya sekarang hanyalah di tandas. Ah jikalau ditandas pun seakan akan diperhatikan, sah dia sudah kena bomoh.
"Lia kau okey tak." Tangan menepuk bahu sahabatnya itu. Tersentak talia dek sentuhan Sara.
"Huh? Kau ada cakap dengan aku ke?"
"Eh tak lah aku cakap dengan ubat atas tu. Cakap dengan kau la sapa lagi. Kau memang nak berkhemah dalam makmal ni ke?" Hari sudah larut malam. Mereka masih di dalam makmal. Entah apa yang difikirkan oleh Talia itu, tak pasal pasal mereka balik lambat pula.
"Oh haah la. Jap aku nak kemas." Tangan mencapai peralatan peralatan yang digunakan dan diletakkan di tempat asalnya semula.
Mereka melangkah keluar daripada kilang tersebut menuju ke arah kereta Myvi itu.
KLIK! KLIK!
Takala mendengar bunyi punat kamera diketik terus Talia memandang ke arah tersebut. Haishh sapa pula yang curi curi ambil gambar niiii.
"Kau asal. Cepat la, kilang ni malam malam seram pula aku tengok." Panggil Sara takala melihat perilaku aneh sahabatnya itu. Haihh kena sampuk ke minah ni.
"Oh. Sorry." Tangan membuka pintu kereta tersebut. Enjin kereta dihidupkan. Tanpa berlengah kereta Myvi itu memecut laju di jalan raya KL tersebut.
"Kau okey tak ni." Risau pula melihat wajah Talia yang seakan akan tak tentu arah itu. Selalunya wajah itu jadi begitu kerana masalah bapanya sahaja.
"Hmm.. Aku rasa macam diperhatikan la Sara." Jawabnya jujur.
"Huh? diperhatikan macam mana tu?"
"Tah. Tadi kau dengar tak ada orang tangkap gambar kita." Kepala berpusing sekilas memandang sahabatnya yang berada di kerusi penumpang itu.
"Kau tak cukup rest kot. Ke sebenarnya kau rindu Ayash ni...." Tangan sudah menunding jadi ke arah Talia yang sedang memandung. Muka menayangkan senyuman.
"Hishh memang la aku rindu budak kecik tu."
Sampai sahaja di hadapan pagar rumah mereka. Talia dan Sara keluar daripada perut kereta. Mata Sara terbutang pada kotak yang berada di hadapan rumah itu.
"Ek Talia, ada nama kau la. Sejak bila pulak kau beli belah dalam shopee ni?" Setahu Sara, sahabatnya itu jarang menggunakan aplikasi tersebut. Dia lebih rela menghabiskan minyak kereta untuk ke shopping mall berdekatan.
"Eh mana ada aku order apa apa barang." Kepala yang tidak gatal itu digaru. Kotak tadi dibawa masuk ke dalam rumah.
Takala Sara mengambil pisau di dapur dan memberinya kepada Talia. Pita pelekat pada kotak tersebut dipotong.
Tiba tiba....
Terkejut tak terkata mereka berdua melihat isi kotak tersebut. Kotak yang berisi bangkai gagak bersama pisau pada dada burung itu. Bau yang tengit dan hanyir memasuki rongga hidung. Darah yang seakan akan baru itu dilihat Talia.
"Lia kau ada musuh dengan sapa sapa ke." Mata masih membutang melihat ke arah Talia. Perlukah dia memberi tahu Farid tentang perkara tersebut?
"A..aku tak tahu." Kaki lemah membuatkan Talia terduduk di lantai. Kepala masih ligat berfikir siapa yang mengirimkan hadiah istimewa itu kepadanya.
"Qayyum." Nama itu tiba tiba terlintas pada kotak fikiran Talia.
"Qayyum? Sepupu kau? Seriously? Dia sepupu kau kot. Macam mustahil dia nak buat sepupu sendiri macam tu."
Tangan terus mencengkam kepala. Sakit pula kepala ni. Sudah la seharian berkerja. Melihat sahabat pula ditimpa bala.
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...