#18

100 4 0
                                    

Knock! Knock!

"Yan, oooo Yan! Tak bangun lagi ke?" Tatkala tangan mengetuk pintu bilik, manakala mulut memanggil jejaka tersebut dari luar.

Daiyyan yang baru sahaja terjaga itu bingkas bangun. Matanya digosot pelahan. Kaki melangkah membuka daun pintu tersebut.

"Hmm.. Nak apa." Suara serak basah itu kedengaran akibat baru bangun dari mimpinya itu. Tergamam Talia, cepat cepat dia beristigfar. Risau jikalau hati dirasuk syaitan.

"Er.. A..Aku nak ikut umi gi melawat kubur angah. Nanti balik kau besiap tau. Aku nak bawa kau pergi somewhere." Daiyyan tekun mendengar penjelasan Talia. Baju yang dikenakan oleh gadis itu cukup menarik minatnya. Simple but cute.

Talia cuma mengenakan baju kurung printed berwarna hijau, bersama shawl hitam dililit sopan diatas kepala. Comel. Aduh! Bergelora hatinya tika ini. Ya Allah!! Bidadari siapa ni!?

"Hang awat? Congkel bijik mata tu satgi kot." Jari terlunjuk dan jari tengah dirapatkan. Gaya seakan akan ingin mencungkil biji mata milik lelaki tersebut. Ceh macamlah berani, dapat free gift gagak mati pun sudah ketar ketir. Gumam Daiyyan.

"Ceh, dah la kau. Aku nak mandi." Kain tuala yang disangkut belakang pintu dicapai. Tatkala dia ingin melangkah keluar dari bilik itu tubuh genit dihadapannya masih berdiri megah. Seakan akan tidak mahu berganjak.

"Tadi kata nak pergi kubur. Cepat la aku nak lalu ni. Kang ada yang..." Tidak sempat dia ingin menghabiskan usikan miyangnya pantas Talia berlari laju keluar. Tahu pun takut, tu baru je acah.

"Hang awat Talia oi! Dah macam kena ligan (kejar) dengan hantu ja umi tengok." Sapa Puan Erina tatkala melihat Talia yang berlari keluar rumah. Hairan dia dibuatnya.

"Err.. Tak ada apa lah. Dah jom." Bakul yang berada ditangan Puan Erina dirampas sopan. Isi didalam bakul dilihat. Cuma ada air pandan dan 2 buku surah Yassin didalam.

Mereka cuma mengambil masa dalam 20 minit sahaja berjalan kaki untuk ke kawasan perkuburan. Kubur yang tertera bernama Muhammad Erzat bin Muhammad Taufiq itu dituju mereka.

Tempat duduk diambil, lalu ayat ayat suci al Quran dialunkan merdu. Sebak didada hanya Allah sahaja yang tahu ketika ini. Talia masih tidak mengetahui punca kematian adiknya itu. Ditanya kepada Puan Erina, uminya itu menjawab dengan tangisan. Jika ditanya pada alang dan adik pula, mereka berdua juga tidak mengetahui puncanya. Bapanya pula, jangan dicakaplah. Duit sahaja yang berlegar legar dikepala.

"Sadaqallahul azim.." Alunan alunan itu tadi diakhiri dengan kalimah suci itu. Air pandan dicapai Puan Erina lalu disiram pada tanah kubur tersebut. Air yang sudah tinggal separuh itu diberikan pula kepada Talia untuk menghabiskan siraman yang terakhir.

"Umi kakak mintak maaf..." Sungguh, dia benar benar rasa terkilal dengan kekilafan yang telah dibuatnya. Tidak dia menyangkakan perkara akan berlaku sebegini rupa.

"Tak apa, bukan salah kakak pun." Tubuh anak perempuannya didakap erat. Belakang tubuh digosot pelahan.
.
.
.
.
.
.
.
.
----------------------------------
.
.
.
.
.
.
.
.
"Abang Daiyyan ka ni? Kakak suruh adik ajak abang makan. Jom." Pelawa adik bongsu Talia itu.

Kaki mengikut langkah adik Talia menuju ke ruang makan yang kecil. Tidak seperti di mansion papa, tetapi masih selesa jika digunakan.

"Nama adik siapa?" Tidak pernah lagi dia bersemuka dengan adik bongsu Talia. Almaklumlah, tiba sahaja dia pada petang semalam, budak kecil itu sudah keluar bermain di taman. Tatkala pada waktu malam pula, dia sudah terbongkang tidur.

"Eden." Jawabnya ringkas. Nasi lemak dicedukkan kedalam pinggan Daiyyan, lalu dihidangkan.

Haruman nasi itu naik menusuk ke rongga hidung. Wangi, makin bergelora perutnya kelaparan. "Eden tak makan sekali ke?" Segan pula jika dia menjamah makanan sambil diperhatikan oleh orang lain.

Mr. Bangla {og}Where stories live. Discover now