Baju dress itu cantik terletak pada tubuh rampingnya. Manakala Daiyyan pula sibuk bersiap bersama Mua di meja soleknya.
Talia hanya merenung keluar jendela melihat setiap wajah wajah tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya itu. Jika ingin mengikutkan adat resam melayu, sepatutnya majlis tersebut perlulah dimulakan oleh pihak perempuan dahulu. Tetapi disebabkan masalah peribadi yang dialami oleh Puan Erina, majlis itu terpaksalah dimulakan oleh pihak lelaki terlebih dahulu.
"Cik Talia, tudung tu okey kan? Tak rasa rimaskan?" Soal Mua tersebut. Dari majlis akad nikah lagi dia perlu memastikan gadis itu selesa dengan pemakaian yang diberinya. Risau risau kepala bakal dipancung si harimau jantan itu. Bukannya dia tidak mengenali anak kepada pengarah syarikat terkemuka Abhar's Holding tersebut. Almaklumlah, Tengku Daiyyan Abhar merupakan seorang yang tegas dan cerewek disetiap tindakannya.
"Okey, thanks." Senyuman segaris sahaja yang ditanyang Talia.
Daiyyan yang tadinya membetulkan sampin terus berpaling menghadap ke arah Talia. Lahh, dah kenapa isteri aku ni!!
"Canem?"
"Hmm?" Kepala mendongak memandang Daiyyan.
"Canem okey ke? Canem tak sihat ke?" Kaki melangkah mendekati Talia. Tangan naik menyentuh dahi isteri. Tak panas pun. Kenapa?
"Canem okey je." Acuh tak acuh saja dia menjawab.
Mana ada orang okey balas dengan mata yang bertakung. Aduhh kenapa ni?! Aku ada buat salah apa apa ke?!
Birai katil itu menjadi tempat dia melabuhkan punggungnya disebelah Talia. "Tell me. Why?" Mata memandang keseluruh wajah Talia.
Pandangan yang lembut itu kian mencairkan hati. Namun tatkala mengingati kata kata sepupunya pada malam itu. Pandangan tersebut pula seakan akan bilah pisau yang mencucuk segenap isi hatinya. Sakit.
"Daiyyan.."
Jiwanya meronta. Mengapa panggil terus berubah. Apa silapnya?
"Yes.." Mutiara yang sudah menitik itu dilapnya lembut.
"Kenapa Daiyyan kawin dengan Lia?"
Keningnya naik seinci. Mengapa soalan tersebut dikemukakan? Ah masak!! Hati sudah tidak tenang. Sepatutnya hari ini merupakan hari bahagia mereka.
"Sebab sayang."
"Betul?" Jawapan yang diterima tidak cukup meyakinkan dia. Sesiapa sahaja boleh mengungkapkan kata kata tersebut. Walhal dia sendiri pernah mendengar bapanya menyatakan perkataan itu kepada uminya. Namun, apa yang terjadi. Semuanya seakan akan porak peranda belaka.
"Betul.. Tell me, what you want me to do to make you trusted me, hmm?" Tangan Talia digenggam erat.
"Qayyum ca..cakap hubby ka..kawin dengan canem sebab nafsu. hiks, hiks.." Jujur Talia. Sungguh dia kalah dengan sifat lembut yang diberikan oleh Daiyyan. Kenapa? Kenapa Daiyyan tidak memaki hamun seperti yang dilakukan oleh bapanya dahulu. Benarkah lelaki yang baik itu masih wujud?
"Anlamsız (Mengarut). Ewak tu bidadari seya sempai syurga tau. Dia jeles sibab dia punya itu bidadari tidak centik mecam ewak la tu." Wajah Talia ditekup. Kan dah comot makeup tu. Nasib masih comel.
"Hu..Hubby mencarut kat canem ke?" Apa pulak anlamsiz tu. Suka betul suaminya itu bercakap bahasa asing. Taulah makluk asing pun.
"Ya Allah, canem.. Tu bahasa Turki la. Suami awak ni kacuk Turki. Memang lah hubby cakap bahasa Turki." Ketawa kecil dia dibuatnya. Kang cakap lurus bendul marah.
YOU ARE READING
Mr. Bangla {og}
RandomTALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYY...