"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sudah 3 hari dia tidak masuk kerja dan 3 hari dia tidak bercakap dengan ibu dan ayahnya. Kini Ina berada di dapur sedang mengaul acuan tepung. Tempat dia bekerja. Bersama Aarav mengaul acuan tepung di depannya.
Dalam masa yang sama dia masih memikirkan tentang peristiwa malam itu. Peristiwa malam itu tidak akan dia lupakan di dalam kotak memorinya. Rasa kecewa masih ada tapi rasa sayangnya kepada keluarganya sekarang ada walaupun dia tahu bahawa dia hanya anak angkat sahaja.
Pintu dapur di buka oleh Mei Lin. Mei Lin menglankah masuk kakinya ke dapur. Kepala pandang ke arah Ina dan Aarav sedang mengaul acuan tepung itu. Kaki di bawa pergi ke dua orang rakannya.
"Ina....." Panggil Mei Lin namun tidak sahut dari Ina
"Ina......."
Aarav yang berada di situ pandang dua orang gadis itu dengan tangan tidak henti mengaul.
"Ina..!" Kini Mei Lin meninggikan suara tapi tidak terlalu kuat sambil mengoyak bahu Ina.
Tersentak Ina apabila bahunya di goyang. Dan dia berpaling ke tepi dan melihat Mei Lin berdiri di sebelah dengan wajah yang risau. Begitu juga dengan Aarav. Di depannya sedang mengaul acuan tepung. Melihat Ina dengan risau.
"Ada apa Mei Lin?" Tanya Ina.
"Kak Layla nak jumpa awak"
Ina mengangguk dan berjalan ke sinki membasuh tangannya. Kepala sinki di tutup. Tangannya yang basah itu di kibas agar air itu hilang dari tangannya.
Ina menanggal apron dari tubuhnya dan bergerak jalan keluar dari dapur. Mei Lin dan Aarav pandang kepergian Ina dan tinggal mereka berdua sahaja di dapur dengan sunyi sepi.
"Kenapa dengan Ina tu? Dari pagi tadi saya tengok muka dia muram je. Tak cakap langsung" Kata Aarav.
Mei Lin pandang Aarav dan mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dari pagi hingga sekarang Ina langsung tidak buka mulut. Ya lah mana tak pelik mereka dua yang Ina sepanjang bekerja asyik diam je.
Tidak pernah sepanjang mereka bekerja dengan Ina nampak Ina diam. Selalu Ina lah yang paling banyak cakap dan suka tersenyum. Tapi tidak tahu mengapa hari ini Ina menjadi diam.
"Mungkin abc kot" Kata Mei Lin.
Aarav mendengar itu membuat wajah keliru. Mei Lin yang sedar itu pandang ke Aarav dan berbisik.
"Masalah wanita......."
Aarav yang sudah faham itu mengangguk dengan mulut berbentuk o.
TOK TOK TOK!
Kak Layla yang berada di dalam bilik office miliknya sedang menyemak kertas-kertas di meja kerjanya. Mengangkat kepalanya pandang pada pintu yang di ketuk dari luar.