Bab 10

467 19 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





"Wah.........."

Ina melihat bangunan dihadapannya. Ternganga mulutnya melihat menara yang begitu besar dihadapannya. Kini dia sudah berada dia bandar Rome, Itali. Tempat yang paling famous di dalam negara Itali.

Dan sebelum itu kenapa dia ada dekat Itali? Kerana dia ingin mencari keluarga kandungnya. Dan macam mana dia tahu yang Keluarga kandungnya berada di Itali. Kerana dia melihat gambar keluarga kandungnya mengambil gambar dengan menara sama seperti menara di hadapannya.

Ina mengambil keluar gambar dari poket bajunya dan mengarah ke hadapan. Sama seperti dalam gambar. Sedang Ina pandang menara itu dengan tangan masih mengarah ke hadapan. Seorang lelaki datang dan berdiri di sebelahnya.

"Hello..."

Ina berpaling apabila lelaki itu menegurnya. Ina pandang ke kiri dan ke kanan. Mana tahu lelaki itu panggil orang lain ke.

"You...... I mean hello to you miss....."

Ina menuju dirinya sambil pandang dengan wajah blurnya lelaki itu. Lelaki itu tertawa kecil melihat kelakuan Ina yang lucu itu.

"Yes you miss...."

"Oh um...... Hello"

"Where you from miss?" Soal lelaki itu.

"Oh I from Malaysia...." Jawap Ina.

"Oh orang Malaysia ya?"

Terkejut Ina mendengar lelaki itu berbahasa Melayu dengannya. Ina pandang wajah lelaki itu dengan mata yang terbuka luas. Muka macam orang Itali tapi boleh cakap melayu.

"Awak boleh cakap melayu?"

Lelaki mengangguk dengan tersenyum manis tidak lepas.

"Kerana ayah saya orang melayu"

Ina mengangguk.

"Oh by the way. Nama saya Adzriel" Lelaki itu perkenalan dirinya.

"Nama saya Situ Aminah tapi panggil saya Ina je" kata Ina sambil pandang Adzriel dengan senyuman.

"So awak buat apa dekat sini? Holiday or just have fun in here"

"Oh saya datang dekat sini sebab nak cari keluarga kandung saya"

Sebut pasal keluarganya perlahan wajahnya berubah. Adzriel yang perasan wajah Ina yang berubah itu mula bertanda tanya di kepalanya.

"Awak berpisah dengan keluarga kandung awak?"

Ina mengangguk dan mengukir satu senyuman. Adzriel melihat senyuman yang diukir oleh Ina itu. Senyuman itu penuh dengan kesedihan. Dia faham perasa Ina kerana dia pun melalui juga.

"Saya faham perasaan seperti itu juga Ina kerana saya kehilangan adik perempuan saya" Kata Adzriel nada yang sedih.

Ina mendengar pun turut tumpang rasa sedih. Iyalah dia kehilangan keluarga kandungnya dan Adzriel pula kehilangan adik perempuannya. Mereka berdua sama kehilangan keluarga tercinta mereka.

Bidadari Mr Aldo Where stories live. Discover now