Bab 31

377 13 0
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.













Pintu rumah di buka dari luar dan menolak ke dalam. Aldo masuk ke dalam bersama beg berwarna biru putih milik baju-baju Ina yang 4 hari bermalam di hospital ke dalam rumah. Ina dari belakangnya turut masuk ke dalam rumah.

Madam Gabrielle berjalan ke arah mereka berdua dengan senyuman di ukir di bibirnya apabila mendengar pintu rumah buka. Madam Gabrielle terus memeluk tubuh kecil Ina.

Ina turut membalas pelukan Madam Gabrielle. Madam Gabrielle melepaskan pelukannya dan pandang Ina.

"How are you now Ina?" Tanya Madam Gabrielle.

"I'm good Madam" Jawap Ina dengan senyuman.

Madam Gabrielle mengangguk.

"Good. Come...... I make some tea for you. And Aldo you can put Ina's bag in her room "

Madam Gabrielle menarik tangan Ina dan bawa Ina berjalan pergi ke dapur. Aldo di situ pandang dua orang wanita itu yang berjalan pergi ke dapur. Aldo menglankah berjalan naik tangga menuju ke bilik yang di katakan oleh nenek untuk dia meletak beg baju Ina.

Di dapur Ina menghirup air teh yang di buat oleh Madam Gabrielle. Ina tersenyum apabila merasakan air teh yang di buat oleh Madam Gabrielle sangat sedap.

"Is it good?"

Ina mengangguk tanda iya. Teh buatan Madam Gabrielle sangat lah begitu sedap. Tak tahu lah teh jenama apa tapi yang dia pasti teh itu sangat lah mahal. Tengok kotak teh di dapur pun sudah tahu mahal.

Madam Gabrielle tersenyum melihat anggukan dari Ina. Madam Gabrielle mengambil pinggan yang atasnya beberapa biskut dan hulur beri kepada Ina.

Ina meletakkan cawan kaca atas pinggan kecil di tepinya dan mengambil biskut di pinggan itu. Biskut itu di gigit olehnya dan menguyah. Terbeliak mata Ina sambil menguyah biskut di dalam mulutnya.

Ina pandang Madam Gabrielle dengan mulut masih menguyah.

"Is delicious" Kata Ina dan menggigit biskut itu lagi.

Ina memejam matanya sambil menikmati biskut di dalam mulutnya. Madam Gabrielle tertawa kecil melihat Ina menikmati makan biskut buatan olehnya. Kalau ada masa lapang ke Madam Gabrielle akan buat biskut atau kek.

Madam Gabrielle jarang membeli kek atau biskut di luar. Katanya kalau kita buat biskut atau kek sendiri lagi sedap daripada beli dekat luar. Dan yang paling penting jimat duit kita beli kek dan biskut yang mahal-mahal di luar.

Ina mengambil biskut kali ke dua dan memakan biskut itu separuh. Sambil dia menguyah dia pandang ke belakang dan ke depan melihat sekeliling di ruang makan itu.

"Where's Arianna?" Tanya Ina dengan dalam mulut penuh dengan biskut.

Madam Gabrielle pandang Ina dan meletak cawan ke atas pinggan kecil.

Bidadari Mr Aldo Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang