"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TOK TOK TOK!
"Karl! Tolong buka kan pintu aku tengah buat kerja ni!" Jerit Adzriel di dapur sedang membersihkan dapur.
Namun bunyi tapak kaki milik Karl tidak di dengari. Adzriel mula bingung. Dia keluar dari ruang dapur bersama dengan apron berwarna merah jambu di tubuhnya.
"Let it go! Let it go! Can't hold it back anymore! Let it go! Let it go!"
Adzriel pandang ke tingkat atas mendengar suara nyanyian subang milik Karl dari bilik mandi. Sakit telinga dengar mamat gila tu nyanyi. Kambing nyanyi lagi sedap.
"Kau ni boleh pula nyanyi lagu Frozen" Bisik Adzriel dengan rasa geramnya.
Sedang Adzriel bebel itu terdengar pintu rumah di ketuk lagi sekali. Dengan lantas dia berlari kecil menuju ke pintu rumah. Tombol di pulas dan di tarik pintu ke dalam.
"Adzriel! long time no see"
Seorang wanita tua berambut putih yang tersenyum berdiri di depannya bersama bagasinya di sampingnya. Namun senyuman wanita tua itu mula perlahan hilang apabila dia sedar yang Adzriel mengena apron merah jambu serupa macam Barbie punya tu. Dipandang bawah ke atas pada tubuh Adzriel yang mengena apron merah jambu serupa Barbie itu.
Adzriel yang sedar itu pun terasa wajah sudah pun merah menyala. Dengan pantas dia menanggalkan apron itu dari tubuhnya dan lempar ke atas lantai. Adzriel berdehem dengan wajah merahnya itu.
"Welcome back..... Madam" Ucap Adzriel dengan wajah merahnya.
Sudah pakai apron merah jambu lepastu kantoi dengan orang yang dia suka Barbie. Dengan wanita pula tu. Malu tujuh keturunan.
Wanita tua itu tertawa kecil sambil menggeleng kepala.
"Thank you Adzriel"
Adzriel mengangguk.
"Let me carry your bag Madam"
Adzriel menghulur tangannya pada wanita tua itu.
"Oh yes thank you so much Adzriel...."
Wanita tua itu memberi bagasinya kepada Adzriel. Adzriel pegang bagasi itu dan membawa masuk dalam. Wanita tua itu menglankah masuk ke dalam rumah yang mewah itu. Matanya memandang sekeliling dalam rumah mewah itu.
Sudah 7 bulan dia tidak balik di sini. Kerana dia berada di London. Tempat dia membesar dan tempat anaknya lahir. Banyak kenangan dia bersama anak dia di London dan pada hari ini dia balik ke Itali untuk berjumpa dengan cucu kesayangannya.
Mata pandang sekeliling dalam mewah itu. Di dalam rumah mewah itu tiada langsung perubahan hanya warna dinding sahaja yang sudah di cat dengan warna kelabu kehitaman.
Wanita tua itu berjalan menuju ke almari yang penuhi frame gambar-gambar keluarganya. Di pandang semua frame gambar itu dan hingga mata tertumpu pada satu frame yang berada depannya.