Bab 26

452 11 0
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.





Aldo duduk di meja makan dan termenung dengan tangan di pada pipi. Dia masih tidak boleh lupakan suara merdu Ina yang sedang baca sebuah buku itu di bilik tidur tetamu tadi.

Mendengar sahaja ayat-ayat yang di baca oleh Ina tadi membuatkan dia tenang dan hilang rasa masalah dia. Madam Gabrielle yang berada di tepinya pandang dia.

Madam Gabrielle menepuk bahu Aldo dengan lembut. Terhinjut bahu Aldo apabila bahunya di tepuk. Aldo pandang Madam Gabrielle yang berada di tepinya.

"Aldo are you okay?"

Aldo pandang sekeliling dia. Dia melihat semua orang di meja pandang  padanya. Matanya beralih pada Ina yang pandang dia yang di depannya. Ina mengena tudung sarung berwarna hitam yang labuh menutupi dadanya. Ina pandang Aldo dengan tangan sedang pegang pinggan dan satu tangannya pegang senduk nasi.

Aldo menunduk kepalanya dan pandang Madam Gabrielle.

"I'm okay.........."

Madam Gabrielle mengangguk. Ina menghulur beri pinggan yang sudah di isi nasi pada Madam Gabrielle. Madam Gabrielle mengambil pinggan yang di beri oleh Ina dengan senyuman beri pada Ina.

Ina membalas senyuman Madam Gabrielle dan mencedok nasi dan letak ke pinggan beri pada Aldo di depannya. Aldo pandang Ina dan pandang pada nasi yang di cedok oleh Ina itu di pinggan di depannya. Aldo mengambil pinggan dari Ina.

Setelah itu Ina melabuh duduk di kerusi dan di samping ada Adzriel duduk di sebelah berdepan dengan Karl yang duduk di sebelah Aldo. Adzriel pandang Ina dan tersenyum.

"Nak saya baca doa?" Tanya Adzriel.

Ina pandang Adzriel dan mengangguk dengan senyuman. Adzriel tersenyum melihat anggukan dari Ina. Dia terus menadah tangannya untuk membaca doa.

"Bismillahirrahmanirrahim........"

Ina dan Karl menadah doa manakala Aldo dan Madam Gabrielle hanya diam menghormati pada Ina, Adzriel dan Karl yang sedang berdoa.

"Amin........"

Setelah Adzriel habis membaca doa makan Ina dan Karl mengaminkan doa makan yang di baca Adzriel tadi. Ina mengambil mangkuk di depannya.

"Awak nak ayam masak merah?" Tanya Ina pada Adzriel.

Adzriel pandang Ina dan mengangguk. Ina tersenyum melihat anggukan dari Adzriel terus mencedok ayam masak merah itu ke pinggan Adzriel.

"awak nak tak Karl?"

Karl mengangguk dan mengangkat pinggan dia pada Ina. Ina mencedok ayam masak merah itu pada pinggan Karl. Ina pandang Aldo.

"Do you some too Aldo?"

Aldo pandang Ina tanpa membuka mulut. Sebenarnya dia tidak tahu nak ke tak Ayam masak merah yang di masak oleh Ina. Sebab dia tidak pernah makan makanan dari Malaysia. Jadi dia tidak tahu nak ke atau tidak.

Bidadari Mr Aldo Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang