"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"BELLE!"
"Please Daniel....... Jangan apa-apakan anak saya......."
"Pergi Belle!"
"I love you and take care our daughter......."
"LUTFAN NO!"
BANG!
TING TING TING!
Ina membuka mata secara mengejut akibat mimpi yang baru dia alami tadi. Ina menarik nafas dan hembus keluar dengan laju. Dengan peluh yang begitu banyak banjir di dahinya. Ina masih baring pandang siling atap biliknya
Mimpi itu. Kerap kali muncul. Dia tidak tahu sejak dua hari ni dia selalu bermimpi tentang wanita itu bersama lelaki yang dia tidak kenali. Mungkin perempuan itu dan lelaki itu ada hubungan dengan dia. Tapi hubungan apakah yang perempuan dan lelaki itu selalu muncul di dalam mimpinya.
Ina menyentuh dada dan mengambil nafas. Dia memejam matanya sambil menarik nafas lalu di hembus keluar.
TOK TOK TOK!
"Adik! Bangun solat subuh......."
Ina pandang pintu biliknya dan berlalu pandang ke jam yang berada di nightstand. Patutlah dah pukul 6:30 pagi. Nasib baik dia bangun kalau tak terlepas solat subuh tadi.
"Ok ibu!" Balas Ina.
Ina mengalihkan selimut yang menutupi kakinya ke tepi dan menjejak kaki ke atas lantai yang sejuk. Ina berjalan masuk ke bilik air mengambil air wudhu untuk menunaikan solat subuh.
"Bubu!....."
Ina berjalan di taman berdekatan rumah sambil membawa bekas makanan kucing. Ina menunduk badannya melihat bawah bangku kerusi taman. Kemudian dia bangkit bangun.
"Bubu!" Jerit Ina sambil mengocak bekas yang berisi makanan kucing itu.
Masa pagi tadi dia pergi belakang halaman rumahnya kerana ingin memberi kucing kesayangan iaitu bubu. Seekor kucing kelabu dengan bercorak putih di halaman belakang rumahnya. Tapi entah kenapa bila dia sampai di halaman belakang rumahnya.
Melihat sangkar kucing kosong. Tiada sosok bubu pun di situ. Sejak dua hari bubu kucing suka menghilang. Pergi mana pun tak tahu lah. Kadang-kadang ada dekat rumah jiran dating dengan kucing putih betina jiran tu.
Tapi hari hilang entah ke mana. Pergi ke rumah jiran. Jiran kata tidak nampak pula kucingnya berdating dengan kucing milik jiran dia.
Ina mengeluh. Mengeluh sebab penat nak cari bubunya. Penat-penat je dia beli sangkar kucing. Bukan dia nak kurung kucingnya di dalam. Selalu hilang memang kena kurung lah.