"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pintu rumah di buka dari luar. Aldo menglankah masuk dalam rumah dengan mengenakan baju kemeja berwarna biru putih yang di sinsing lengan serta berseluar hitam. Aldo berjalan di lorong menuju ke dapur.
Tiba di pintu dapur dia melihat sosok tubuh neneknya sedang duduk di meja makan sambil meminum secawan teh panas. Aldo berjalan ke arah neneknya.
Madam Gabrielle sedang menghirup teh panas tertangkap sosok tubuh Aldo berjalan ke arahnya. Madam Gabrielle meletak cawan teh itu ke atas pinggan kecil.
"Aldo......."
Madam Gabrielle pandang cucunya dengan senyuman. Aldo membalas senyuman itu dan melabuh ciuman ubun-ubun neneknya. Aldo melabuh duduk di samping Madam Gabrielle.
Mata Aldo melilau mencari sosok Ina. Madam Gabrielle perasan itu terus membuka mulutnya.
"Ina is still in her room" Kata Madam Gabrielle
Aldo mengangguk kepala. Setelah 3 minit berlalu bunyi tapak kaki sedang turun dari tangga. Aldo menoleh ke belakang. Mata Aldo tertangkap sosok tubuh Ina yang berjalan menuju ke arahnya. Dengan mengenakan sweater oversized dan kain berwarna hitam. Serta dengan tudung berwarna hitam shawl tersarung menutup kepalanya dan dadanya.
Ina berdiri hadapannya dengan senyuman. Mata Aldo tidak lepas pandang Ina yang begitu cantik pada hari ini. Jujur katanya Ina kelihatan sangat cantik. Ina pandang Aldo yang merenungnya itu. Ina menyenget kepalanya dengan wajah polosnya.
Madam Gabrielle yang sedar cucunya pandang Ina yang begitu sangat lama terus menepuk bahu Aldo. Terhinjut bahu Aldo apabila bahunya di tepuk oleh Madam Gabrielle.
Aldo baru sedar yang dia tenung Ina dengan sangat lama. Dia berdehem dan bangun berdiri dari kerusi. Aldo pandang Ina dengan pipi sudah merona merah.
"Ready to go?"
Ina mengangguk dengan senyuman lebar.
"Oh wait. I want to get something at kitchen"
Aldo mengangguk. Ina memberi senyuman sebelum dia menglankah pergi ke dapur. Madam Gabrielle menghirup air teh dan letak cawan kaca ke atas pinggan kecil. Aldo menggaru kepalanya. Rasa malu pula tadi duk tenung dekat Ina.
Mesti Ina fikir yang dia ni seorang yang lelaki gatal. Aduh!. Aldo menggosok wajahnya dengan kedua-dua tangannya dan menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya. Rasa panas pula wajahnya.
Madam Gabrielle pandang cucunya dan menggeleng kepalanya.
"Aldo....... you can't look at her so long. You know that she doesn't like when you stare at her like that" Kata Madam Gabrielle.
Aldo masih menutup wajahnya. Masih malu dengan kejadian tadi. Dia tahu Ina tidak selesai kalau dia pandang Ina dengan lama. Tapi nak buat macam mana. Mata dia ini gatal sangat pandang Ina yang kelihatan sangat cantik pada hari ini. Lagi-lagi Ina mengena sweater yang labuh dan kain yang labuh. Membuat Ina kelihatan sangat cantik dan berseri hari ini.