"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Ai?...... Asal takde orang ni? Ke hari ni cuti lagi?" Bisik Ina.
Ina pandang sekeliling di dalam kedai mencari sosok rakannya yang lain. Peliknya hari ni hari isnin. Tak akan lah cuti lagi. Nak katakan dia salah jadual hari tak lah pula.
Ina berjalan ke bilik persalinan mana lah tahu Mei Lin ada dekat situ ke. Ina menglankah masuk ke bilik persalinan. Namun sosok kelibat Mei Lin tidak kelihatan.
Ina mengarut kepalanya. Kak Layla takde, Mei Lin dengan Danish pun takde. Mana lagi dia nak cari. Ina menghembus keluhan. Ina berpaling dan menglankah keluar dari bilik persalinan.
"Surprise!"
Terhinjut bahu Ina dan letak tangan di dadanya apabila Kak Layla dengan dua rakannya muncul di depannya secara mengejut. Ina pandang Mei Lin yang memegang sebuah kek.
"Happy birthday Ina!" Ucap Mei Lin bersama Aarav.
Ina tersenyum dan pandang ke arah Kak Layla yang berada di belakang Mei Lin. Kak Layla memberi senyuman nipis kepada Ina. Walaupun senyuman itu hanya nipis tapi sangat ikhlas padanya.
"Nah ni hadiah dari kitaorang tau"
Aarav menghulur sebuah kotak yang di balut dengan balutan hadiah yang berwarna biru dengan corak bulat berwarna putih. Ina dengan sopannya mengambil kotak itu dari Aarav. Dan tidak lupa senyuman yang manis darinya.
"Wah........ Terima kasih Aarav...." Ucap Ina.
"Takde hal lah......"
"Jom kita potong kek dekat depan...." Ajak Mei Lin.
Ina mengangguk. Mei Lin menarik tangan Ina dan berjalan keluar dari bilik persalinan sambil berpimpin tangan Ina. Aarav pun turut berjalan bersama dengan mereka.
Kak Layla yang berada di situ melihat mereka bertiga yang berjalan pergi itu dengan senyuman nipis. Melihat persahabatan mereka itu membuatkan hatinya terharu walaupun mereka bertiga berlainan agama dan bangsa.
TOK TOK TOK!
"Come in......."
Seorang lelaki yang bersuit hitam masuk ke dalam office milik Aldo. Leon berjalan mendekati meja Aldo dan berdiri depan Aldo yang membelakangi dia.
"Signore..." Ucap Leon sambil menunduk sebagai hormatnya kepada Aldo.
Aldo berpaling menghadap Leon. Aldo mengarahkan Leon duduk dengan menggunakan isyarat matanya. Leon yang akan faham isyarat mata itu melabuh duduk di kerusi berkulit hitam itu.
"Leon.......... Can I ask you a question" Ujar Aldo.
"Of course Signore" Balasannya.
Aldo membuka laci mejanya dan mengeluarkan sepucuk sampul berwarna putih dari laci meja. Sampul itu di balik ke atas meja depan Leon.