"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Hello can I ask you something?"
Aldo yang tidak jauh daripada Ina menatap Ina yang sedang bertanya kepada seorang wanita sambil menuju gambar itu. Aldo berdiri di tengah jalan pusat beli-belah. Sekarang ni mereka berdua berada di pusat beli-belah.
Kenapa mereka berdua boleh ada di pusat beli-belah?. Ialah kerana Aldo mengajak Ina pergi ke mall untuk memakan tengah hari. Memandang pusat beli-belah itu dekat di kawasan mereka berada dan mempunyai restoran mereka singgah di pusat beli-belah untuk mengisi perut mereka dahulu.
Dari pagi tadi mereka pergi ke seluruh kota Rome mencari keberadaan keluarga kandung Ina. Dan ramai juga orang-orang di kota Rome mereka bertanya tentang keberadaan keluarga kandung Ina.
Mata Aldo tidak lepas memandang Ina yang berusaha menyoalkan tentang keberadaan keluarga kandungnya pada orang-orang lalu-lalang itu. Dari mereka makan di restoran Ina masih tidak habis menyoal keberadaan keluarga kandungnya pada orang-orang di situ. Hampir 30 minit jugalah dia tanya pada orang-orang di situ.
"Sorry......"
Wanita itu berlalu pergi. Ina memberi senyuman kepada wanita itu. Ina menghembus nafas keluar. Memandang keliling pusat beli-belah. Dari pagi hingga tengahari dia tidak putus-putus menyoalkan orang-orang yang lalu-lalang di situ tentang keluarga kandungnya. Mana tahu kot-kot mereka kenal ke tak.
Sedang dia berdiri di situ sambil mata menlilau pandang pusat beli-belah. Sistem pendengarnya tertangkap mendengar suara seorang bayi yang sedang menangis. Ina berpaling pandang pada sumber suara itu.
Terlihat seorang ibu sedang mengendong seorang kanak-kanak lelaki dan sedang memujuk bayinya yang menangis itu di dalam stroller bayi itu. Melihat ibu itu dalam keadaan susahan. Ina memberanikan dirinya menghampiri si ibu itu.
Anak mata Aldo mengikut langkah berjalan Ina itu yang menghampiri seorang wanita itu.
"Hello Miss......." Tegur Ina dengan senyuman.
Wanita berambut ikat ekor kuda itu mendongak pandang di sebelahnya.
"May help I help you?"
"Um..... Why" Tanya wanita itu.
"Well I see that you are in trouble, that's why I want to help you" Kata Ina.
"Oh yeah, I have to go to toilet because I need to change my son's dryper. Could you watch my baby while i change him?"
Ina mengangguk.
"Of course" Kata Ina dengan penuh ikhlas.
Dengan itu wanita itu bersama anak lelakinya yang di gendong itu masuk ke dalam tandas untuk menukar pampers anak lelakinya. Ina berjalan mendekati stroller bayi itu. Ina pandang ke dalam stroller melihat seorang bayi yang sedang memandangnya.