"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aldo termenung luar tingkap dengan keadaan kereta yang di pandu oleh Adzriel. Adzriel pandang cermin di depannya melihat majikannya di belakang yang termenung itu. Dia sedar yang sejak seminggu ini majikannya selalu termenung. Benda yang majikannya fikir pun tak tahu lah.
Namun apa yang dia tidak tahu. Dalam fikiran majikannya. Aldo selalu memikirkan tentang gadis yang dia bertemu seminggu lepas. Iya gadis itu ialah Siti Aminah atau di gelar Ina. Yang telah mencuri hatinya.
Dengan senyuman manis yang diukir di bibirnya delima merah Ina tidak dapat seorang jejaka bernama Aldo D'Angelo melupakan senyuman manis dan wajah cantik Ina. Setiap malam setiap hari setiap tidur setiap makan setiap kerja Ina sahaja yang dia fikirkan.
Wajah bayangan Ina selalu menghantuinya. Tidak tahu mengapa dirinya selalunya memikirkan tentang Ina. Seumur hidupnya tidak pernah ada wanita dalam fikirannya.
Namun Ina lain. Seorang wanita muslim berhijab dengan senyuman yang manis telah membuat dia tidak dapat melupakan wajah cantik Ina
Sedang dia memikirkan gadis itu dia menghembuskan nafasnya yang begitu panjang. Aldo memejam matanya untuk melupakan Ina namun saat dia memejam matanya bayangan wajah Ina masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya.
"Are you okey, signore?" Tegur Adzriel.
Aldo membuka matanya tanpa memandang Adzriel. Mata tidak lepas memandang luar jendela.
"I fine Adzriel just..........."
"Tired......."
Adzriel mengangguk dan pandang pada jalan. Aldo masih keadaan yang sama. Pandang luar jendela dengan wajah dinginnya itu. Namun tiba-tiba mata tertangkap sosok seorang gadis yang sedang duduk di bangku sambil memeluk sesuatu.
"Stop!"
Adzriel berhentikan kereta apabila mendengar jeritan dari Aldo menyuruhnya berhenti. Adzriel berpaling ke belakang melihat Aldo yang melihat luar jendela itu.
"What's wrong Signore?" Tanya Adzriel.
Aldo tidak menjawab soalan dari Adzriel. Dengan lekas dia membuka pintu kereta dan mengeluarkan kaki berjalan menuju ke taman. Dia lari menghampiri gadis yang duduk di bangku. Saat dia sudah dekat dengan gadis itu dia boleh mendengar suara esakan dari gadis itu.
Apabila dia sudah berada betul-betul di hadapan gadis itu. Baru dia sedar yang gadis itu ialah.......
"Ina.........."
Gadis itu mendongak pandang ke arahnya. Dan betul sangkaannya. Ialah Ina. Gadis yang selalu menghantui dalam fikirannya.
"Mr.D'Angelo......"
Aldo pandang wajah Ina dengan hidung serta mata yang merah. Seperti gadis itu menangis. Kerana apa pun dia tidak tahu. Sampai-sampai je nampak gadis ini dengan wajah merah. Mata hitam Aldo tidak lepas memandang wajah Ina lagi-lagi mata hazel Ina yang menawan itu.