"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ina masuk ke dalam dan menutup rapat pintu bilik. Badannya di sandar pada pintu dan perlahan-lahan melorot jatuh ke bawah lantai. Air matanya mula mengalir di pipinya.
Tidak dia sangka yang dia adalah hanya anak angkat kepada keluarga ni. Dan betul kata-kata rakan-rakannya di sekolah rendah yang dia hanya anak angkat sahaja dan bukan anak kandung.
"Kenapa........ Kenapa hidup aku macam ni? Ya Allah......" Bisik Ina sambil teresak-esak.
Ina pegang dada sambil menangis teresak-esak. Dan memukul dadanya dengan kasar. Sakit.... Sakit yang selama ni dia pendam pada ketika kecil hingga dewasa.
TOK TOK TOK!
Ina tersentak apabila pintu bilik di ketuk.
"Adik..........."
Suara yang lemah-lembut yang selalu panggil dengan penuh kasih sayang. Ina hanya diam tanpa membuka pintu pun.
"Adik........ Anak ibu sayang........"
Air mengalir deras apabila mendengar suara lembut memanggil dengan ayat 'anak ibu' yang keluar dari wanita yang dia sayang.
"Ibu minta maaf sayang. Selama ni ibu bukan tak nak bagitau dekat adik yang adik..........."
Tidak sanggup dia ingin menghabiskan ayatnya. Kalau dia menyebut perkataan itu mungkin membuatkan Ina terluka lagi. Dia tidak mahu anak perempuannya dia tersakiti lagi.
Dia mahu melihat senyuman dari Ina yang selalu membuatkan hatinya bahagia. Dia mula rindu akan senyuman itu. Firdaus yang berdiri tidak jauh dari Melur pandang ibunya yang sedih itu.
Melihat ibunya sedih dia ikut turut sedih. Anak mana yang tidak sedih melihat ibunya sedih. Firdaus berjalan mendekati Melur.
"Ibu........."
Firdaus pegang bahu Melur dan menggosok dengan lembut. Firdaus pandang pada pintu bilik adiknya dan berlalu pandang pada ibunya semula.
"Ni semua salah ibu....... Kalau ibu tak suruh ayah,Fir dengan angah tak bagitau tahu adik hal sebenar semua tak jadi macam ni....."
"Tak tak ni bukan salah ibu pun....." Kata Firdaus sambil pujuk ibunya yang bahawa ibunya tidak bersalah.
Firdaus pandang pintu bilik adiknya yang tutup itu dan beralih pandang ibunya.
"Takpe ibu kita bagi adik waktu untuk dia sendirian....."
Firdaus mengajak Melur pergi beredar dari situ. Sekali lagi Firdaus pandang pintu bilik adiknya sebelum berjalan pergi bersama Melur.
Ina merenung di luar tingkap dengan langit yang mendung. Dengan kaki di peluk ke dada. Dan rambut yang terurai dan tidak terikat hanya biarkan sahaja tanpa ingin mengikat.