bab 46

239 5 1
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.







"..." Ina termenung di screen hitam TV di depannya.

Dia duduk atas sofa di ruang tamu sambil termenung di screen hitam TV itu. Sekarang ini dia berada di rumah mak kepada ibu kandungnya iaitu rumah nenek kandungnya. Baju-baju di rumah milik Aldo sudah habis dia ambil dan juga barang-barang lain milik dia di rumah Aldo. Sudah habis tiada tinggal satu helai baju atau satu barang pun dia tinggal di rumah Aldo itu.

Sebut pasal Aldo hati masih marah dan kesal terhadap Aldo. Mana tak marah. Dia paling tidak suka orang menipu dia. Kalau tak boleh tolong sudah tidak mengapa tapi ni tipu kata ada kerja padahal keluar dengan perempuan. Nak je dia pergi dekat kepala Aldo lepas pukul kepala Aldo dengan kuali ibunya. Geram betul!.

Sedang dia termenung itu seseorang dari belakangnya datang menghampirinya dan menepuk bahunya dengan lembut. Terhinjut bahu dan dia berpaling kepalanya ke belakang. Melihat neneknya berdiri di belakangnya dengan senyuman.

"Nenek....."

Nenek Ina atau Adelina. Nenek kandung kepada Ina dan ibu kepada ibu kandung Ina. Adelina berjalan ke tepi dan melabuh duduk di atas sofa sebelah Ina. Tangannya menarik tangan Ina dan letak di atas ribanya. Di genggam lembut tangan kecil milik cucunya.

Adelina merenung wajah cucunya. Wajah cucunya sama seperti wajah anak perempuannya. Isabella. Tangannya tua naik mengelus lembut pipi Ina.

"Kamu.... Sama seperti mama kamu....."

Ina merenung wajah neneknya. Dia mengukir senyuman. Tangan Adelina masih mengelus pipi Ina.

"Ina..... Tak sangka yang Ina.... Akan berjumpa dengan Nenek.... Nenek kandung Ina....." Kata Ina dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

Adelina tersenyum nipis. Mata tidak lepas melihat senyuman manis yang terukir di bibir cucunya. Senyuman itu sama seperti anak perempuannya. Tangannya yang mengelus pipi Ina itu turun dan genggam tangan Ina di ribanya.

"Nenek.... Mana.... Ibu dan ayah Ina nek? Kenapa Ina tak nampak pun diorang dekat sini? Diorang ada rumah lain ke Nek?" Tanya Ina.

Adelina merenung wajah cucunya tanpa menjawab soalan dari cucunya. Tidak sanggup dia menjawab soalan dari cucunya. Dia tidak mahu melihat wajah sedih cucunya ketika dia memberitahu bahawa yang ibu bapanya telah tiada.

"Ina.... Sebenarnya nenek tak sanggup nak beritahu kepada kamu tapi"

"Kenapa Nek?" Tanya Ina.

"...." Adelina diam.

Adelina menarik nafas dalam dan hembus keluar. Adelina pandang wajah cucunya dan tangannya mengenggam erat tangan Ina.

"Sebenarnya..... Mama dan papa..... Sudah tiada...."

Terkedu Ina. Jantung seperti di panah oleh petir mendengar ibu bapa kandungnya yang sudah lama dia mencari sudah tiada. Adelina melihat Ina yang tidak berkata apa-apa dan terkedu itu. Tangannya tua masih erat genggam tangan Ina.

Bidadari Mr Aldo Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang