Bab 39

348 11 0
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.







Kaki kecilnya menglankah masuk ke dapur. Matanya memerhati sekeliling dari sudut dapur. Tiada orang. Mana pula Madam Gabrielle pergi ni. Pagi-pagi buta dah takda dekat rumah. Tak akan lah keluar beli barang. Biasa kalau Madam Gabrielle ingin beli barang mesti dia ajak Ina sekali beli barang.

Ina menggaru tepi kepalanya yang tersarung tudung sarung berwarna hitam itu. Ke mana lah Madam Gabrielle pergi ni dah dia seorang-seorang dalam rumah ni. Silap-silap bodyguard dekat luar tu masuk dalam macam mana.

Kedengaran pintu utama rumah di buka. Dengan lantas kakinya kecil berjalan menuju pergi ke pintu utama rumah. Tiba dia di lorong menuju ke pintu utama terlihat Madam Gabrielle yang menutup pintu bersama beg plastik di tangan tuanya.

Ina berlalu pergi ke arah Madam Gabrielle. Dia berdiri depan Madam Gabrielle. Madam Gabrielle pandang hadapan melihat Ina berdiri di depannya.

"Ina........" Madam Gabrielle melemparkan senyuman kepada Ina dengan tangan sebelahnya mengambil beg plastik berada di bawah lantai.

"Let me help you Grandma......"

Ina mengambil dua beg plastik yang dari dua belah tangan Madam Gabrielle itu. Dan bawa beg plastik itu ke ruang dapur. Madam Gabrielle mengikut Ina yang berjalan menuju ke dapur itu dari belakang Ina.

Ina menglankah masuk ke dalam dapur dan letak dua beg plastik itu ke atas island. Madam Gabrielle berjalan dan tarik kerusi yang ada dalam island itu. Dia melabuh duduk di atas kerusi itu tersebut.

"why you don't tell me that you go out?" Tanya Ina.

Dia lah risau dengan Madam Gabrielle kalau beli barang seorang-seorang. Takut jadi apa-apa dekat Madam Gabrielle. Iyalah Madam Gabrielle bukan umur 40an atau 50an dah nak hampir umur 60an dah pun. Kan mana tahu ada perompak nak rompak Madam Gabrielle.

Madam Gabrielle hanya senyum nipis sahaja. Dia pandang Ina yang sibuk mengeluarkan barang-barang dari beg plastik itu.

"I don't want to trouble you. After all, I went out to Aldo's house. And then buy some kitchen stuff" Ujar Madam Gabrielle.

" There's not trouble at all grandma. I'm used to going out morning with my mother to buy kitchen items or household items" Kata Ina.

Bagi dia tak menyusahkan dia pun kalau hari-hari pagi selalu keluar. Sebab itu memang dah jadi rutin harian dia pun. Pagi-pagi kena keluar teman ibunya beli barang dapur atau barang rumah. Kadang-kadang kalau kawan atau jirannya buat kenduri ke dia akan keluar pergi bersama ibu untuk tolong masak buat kenduri. Jadi keluar pagi sudah terbiasa bagi dia.

"Is that so?"

Ina hanya senyum sahaja sebagai balasan. Barang-barang yang telah di keluarkan dari plastik itu tadi bawa ke almari atas. Pintu almari atas itu buka lalu di susun barang-barang yang di beli oleh Madam Gabrielle tadi ke dalam almari.

Bidadari Mr Aldo Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang