Bab 2

705 25 2
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.








"Adik! Cepat lah! Nanti lambat pula" Jerit Melur sambil menunggu Ina yang sedang bersiap di bilik.

Di dalam bilik Ina. Dia masih lagi membaiki awning tudungnya yang berwarna putih itu. Ina mengenakan baju kurung berwarna biru muda.

Apabila dia puas melihat tudung sudah di rapi dan kemas dengan awning sudah menjadi. Dia bergegas mengambil beg tangan dan keluar dari bilik.

"Adik dah siap!" Jerit Ina sambil berlari.

Melur yang baru selesai memakai sandal itu pandang ke Ina yang sudah berada di depannya sambil mengambil sandal berwarna putih dari dalam almari kasut. Ina mula memakai sandal di kakinya. Selesai sahaja Melur terus ajak keluar dari rumah.

Ina keluar dari rumah bersama Melur. Ina pergi ke kereta axia yang berwarna merah yang di luar rumah itu manakala Melur mengunci pagar rumah.

Selesai Melur mengunci pagar dia masuk ke dalam kereta. Dan kereta yang di pandu oleh suaminya itu mula bergerak pergi dari kawasan perumahan mereka.









"Adik duduk sini ya. Ibu nak pergi jumpa mak cik Fatimah. Ke adik nak ikut?" Tanya Melur kepada Ina.

Ina menggeleng kepalanya.

"Tak nak adik nak duduk sini"

"Yelah jangan pergi mana-mana tau"

Ina mengangguk sambil tersenyum manis. Melur mengelus pipi milik Ina sebelum dia pergi ke Fatimah. Kawan baiknya. Ina pandang ibu yang pergi itu.

Tinggal lah Ina bersendirian duduk berseorangan di sofa sambil. Ayah dan abang-abangnya berada di luar bersembang dengan pakcik-pakcik. Ina pandang sekeliling di ruang tamu. Ina mengeluarkan dengusan. Bosan tidak tahu mahu buat apa.

Main telefon pun rasa dah bosan. Ina meletakkan kedua tangannya di dagunya dan siku di letak di lutut dan termenung melihat meja kaca yang berada di depannya. Seorang lelaki yang berpakaian baju melayu berwarna biru muda yang segak itu muncul di ruang tamu dengan seorang perempuan yang tergedik-gedik dengannya.

perempuan itu tergedik-gedik dengannya sambil meminta nombor telefon. Tapi dia hanya senyum sahaja. Dan anak matanya tertangkap dengan sosok tubuh yang sangat dia kenali. Dia tersenyum lebar dan mengabaikan perempuan yang berada di tepinya itu.

"Alah awak ni boleh lah saya nak nombor telefon awak?" Ujar perempuan itu dengan nada gediknya.

Namun tidak di pandang pun langsung. Lelaki itu hanya tumpu kepada Ina yang termenung itu. Tengok perempuan usaha untuk menarik perhatian dia. Dia terus beredar dari situ pergi ke arah Ina.

Perempuan itu terkaku dengan tindakan lelaki itu tadi. Dia pandang melihat lelaki itu berjalan menuju ke Ina. Dengan hati yang panas dia mendengus kuat sambil menghentak kakinya dan pergi.

Bidadari Mr Aldo Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang