"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Ina!"
Seorang gadis berlari sambil menjerit nama seorang gadis yang berdiri di tengah koridor. Gadis yang bernama Ina itu di peluk oleh rakannya.
"Ina cuba kau tengok.... Aku dapat semua A!"
Ina tersenyum dan memeluk rakannya dengan bahagia. Bahagia kerana melihat rakannya mendapat semua A dalam SPM. Tak sia-sia dia mengajar rakannya.
"Aku gembira dekat kau Yana!" Kata Ina.
Mereka berdua melepaskan pelukan mereka.
"So apa kata kita daftar Universiti sama-sama?"
Ina tersenyum dan mengangguk.
"Janji yang kita tak akan pisah selama-lamanya?"
Ina mengeluarkan jari kelingkingnya dan menghulur ke Yana. Yana dengan gembira menyambung jari kelingkingnya ke jari kelingking Ina.
"Janji!"
Siapa sangka janji itu tidak akan kekal sampai bila-bila. Api masa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.
2 tahun kemudian.........
PAK!
"Aku tak sangka yang aku boleh berkawan dengan perempuan yang jijik macam kau ni!"
Ina menyentuh pipinya yang di tampar oleh rakan baik sejak kecilnya Ina pandang wajah Yana dengan kesal dan sedih. Seorang gadis bersama gadis-gadis lain di belakangnya tersenyum jahat melihat Ina yang di tampar itu.
Tidak sangka sahabat kecilnya dahulu seorang yang sangat baik dan sopan telah berubah sejak berkawan dengan gadis-gadis di universiti ini.
Dan kecewa melihat perubahan rakannya. Ina menatap wajah Yana dengan hati yang sakit. Sakit! Kerana percaya fitnah yang di buat oleh gadis yang bernama Mia.
Mia Liana. Gadis yang kaya raya dan popular di universiti. Namun muncul Ina di universiti ni. Kepopularan dia di ambil oleh Ina kerana semua lelaki di universiti itu tertarik dan mendekati dengan Ina.
"Yana...."
Ina pegang tangan Yana namun di tepis tangannya dengan kasar oleh Yana.
"Aku.... Aku tak niat pun nak rampas Harris dari kau pun...... Aku tak suka pun dekat dia...." Kata Ina.
Bukan dia nak sangat layan Harris itu tapi Harris selalu kacau dia ketika dia sedang berseorangan. Sudah banyak kali dia merayu kepada Harris jangan kacau dia tapi Harris tetap kacau dia.
"Dah lah! Kau ingat aku nak percaya cakap kau! Memang patut pun semua tak suka dekat kau sebab kau tu a##k h#r#m!"
Bagaikan pisau yang telah tikam hatinya mendengar makian keluar dari mulut Yana. Air matanya mula berlinang jatuh di pipinya. Tidak sangka Yana boleh menyebut perkataan itu kepada dia.