"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Adzriel? Where are you going?" Tanya Madam Gabrielle melihat Adzriel dengan baju kemaja putih bersama seluar slack berwarna hitam.
Dengan pakaian begitu dia tahu Adzriel bukan keluar pergi kerja. Adzriel pandang Madam Gabrielle dan memberi tundukkan hormat kepada Madam Gabrielle bersama senyuman.
"I want to go out to meet someone Madam" Jawap Adzriel.
Madam Gabrielle mengangguk.
"Okey then please drive safe and don't forget to come back before dinner. Okey?"
Adzriel mengangguk dan mempamit dirinya pergi. Madam Gabrielle pandang Adzriel yang pergi itu. Dia amat kesian dengan jejaka itu. Sudah lah ibu bapa sudah tiada dan adiknya pula hilang.
Madam Gabrielle sudah tahu mengenai tentang identiti Adzriel yang palsu dan sebenar. Namun dia tidak kisah pun tentang itu. Dia tahu ada sebab mengapa Adzriel melakukan itu. Dan dia berharap yang Adzriel akan dapat ditemui dengan adiknya.
"What all this grandma?"
Aldo pandang di atas meja yang penuh dengan makanan. Dan jangan risau semua makanan itu ialah halal kerana Madam Gabrielle mengajak Adzriel membeli bahan-bahan yang halal semalam.
Madam Gabrielle senyum pandang cucunya. Hari ini hari yang sangat bahagia pada dia. Hari ini akan seorang yang sangat istimewa datang pada hari ini.
"Grandma I know that you so excited to meet Ina but this..... Is too much. We only three person in this house" Kata Aldo.
Iyalah si Ina tu bukan makan banyak pun. Makan pun satu pinggan je.
"Well I cook not for only Ina to be here but this one special person is come here" Ujar Madam Gabrielle.
"Who?" Tanya Aldo.
"You well know later." Jawap Madam Gabrielle.
"Now............"
Madam Gabrielle membuka apron dari tubuhnya dan pergi ke belakang badan Aldo kemudian menolak Aldo pergi menuju ke pintu rumah. Terbeliak mata Aldo apabila melihat neneknya menolak belakang tubuhnya.
"How about you go and get Ina to come here. I waiting you at home ok. I can't wait to meet her" Kata Madam Gabrielle dengan teruja.
Aldo berhenti berjalan apabila Madam Gabrielle berhenti menolaknya. Aldo berpaling badannya menghadap Madam Gabrielle.
"Don't be late ok"
Madam Gabrielle memberi senyuman pada Aldo sebelum dia menutup pintu dengan rapat. Aldo berkelip-kelip melihat kelakuan Madam Gabrielle yang begitu pelik hari ini. Tidak pernah dia melihat neneknya kelakuan seperti itu.
Namun dia menepikan dahulu. Dan sekarang ni macam mana dia nak bagitau dekat Ina yang nenek dia mahu berjumpa dengannya datang ke rumah dia. Semalam dia tidak ingat nak bagitau dekat Ina sebab. Iyalah selesai kerja yang banyak sangat dekat pejabat sebab selalu tangguh.