"Bang,abang dah call Syafiq belum? Soal Shazuan kepada abang angkatnya, Wafi.
"Aduhh,lupa pulak.Nantilah abang call dia", Jawab Wafi yang ketika itu sedang bersiap siap untuk ke asrama.
Sudah 2 malam Shazuan dan abangnya bermalam di kuarters asrama.
Tambahan pula Wafi terlibat dalam tugasan untuk menyediakan bilik untuk pelajar Ting 5.Meskipun hanya 24 orang sahaja pelajar Ting 5 yang akan pulang pada hari ini,tetapi Wafi perlu menyediakan 3 bilik untuk mereka untuk menjaga penjarakan seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengekang penularan Covid 19.Turut membantunya ialah Abang Radzi, kakitangan sekolah yang Shazuan sudah kenali sekian lama.Dia tidak menyangka Bang Radzi masih bekerja di sini selepas bertahun-tahun dia meninggalkan sekolah ini.Dia juga diberitahu yang Cikgu Amin dan Cikgu Azman masih lagi berkhidmat di sekolah ini,tetapi sehingga sekarang dia belum dapat menemui bekas gurunya itu.
Shazuan sendiri tertanya-tanya,
siapakah Syafiq itu sebenarnya? Bukan apa sudah berapa kali kakitangan dan guru yang terserempak dengannya memanggilnya dengan nama itu.Malah ramai juga yang mengatakan wajah mereka berdua cukup seiras.Apa yang dia tahu,Syafiq merupakan anak murid kepada abangnya yang merupakan pelajar Ting 4.Dia kini sedang memasuki perkarangan asrama untuk melihat abangnya bekerja.Ketika itu Wafi sedang rancak berbual dengan Bang Radzi dan beberapa orang pelajar Ting 5 yang telahpun tiba.
"Weh Syafiq,awalnya kau balik.Dah boring duduk rumah ke apa?", Soal seorang pelajar Ting 5 itu.Sekali lagi orang di sini menganggap dirinya Syafiq.
"Itu bukan Syafiq lah Joe.Itu Shazuan adik aku", Jawab Wafi ketika itu.
"Lahh adik Cikgu ke? Saya ingatkan Syafiq.Maaf ye bang." Kata Joe sambil menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Shazuan ketika itu.
--------------------------------------------------------------
"Haa Syafiq,kenapa call aku?", Soalku kepada anak muridku.Selepas 3 hari barulah aku dapat menghubunginya kerana jadualku di asrama agak sibuk."Cikgu,sekarang ni saya duduk kat Nilai.Rumah ayah tiri saya." Jawab Syafiq dalam panggilan itu.Aku membuka loud speaker kerana ketika itu aku sedang memandu.Shazuan yang berada disebelahku memasang telinga sahaja mendengar perbualan kami berdua.
"Haa okay lah tu.Duduk je la baik-baik kat sana",Jawabku ringkas.
"Cikgu,saya nak tanya.Kat tempat Cikgu tu ada kerja kosong ke? Saya ingat nak cari kerja la.Lagipun saya tak berapa selesa tinggal kat sini.Maaflah kalau menyusahkan Cikgu." Kata pelajarku itu.
"Lahh,kenapa pulak tak selesa? Kau jangan manjakan sangat diri kau tu Syafiq.Takde kerja kosong la Syafiq kat tempat aku.Lagipun setakat ni tak boleh beroperasi lagi.Pekerja aku gilir-gilir bertugas tu." Jelasku kepada Syafiq.
"Okay takpe Cikgu,maaf kalau menyusahkan ya", Kedengaran suara Syafiq yang kecewa dalam talian.
"Syafiq,rumah kau kat mana?", Celah Shazuan ketika itu secara tiba-tiba.
"Kat Nilai Impian.Ni sape?", Soal Syafiq apabila mendengar suara yang lain bertanyakan soalan kepadanya.
"Aku ni Shazuan.Mak ayah kau bagi ke kau keluar kalau dapat kerja?", Soal Shazuan ketika itu yang membuatkan aku terkejut.
"Oh abang..Ibu ayah saya dah bagi green light dah. Duduk luar pun takpe asalkan saya ada kerja.Lagipun dorang tahu saya tak ngam duduk kat sini", Jawab Syafiq ketika itu.
"Kau bagi location.Esok atau lusa aku datang jemput kau.Aku ada kerja sesuai untuk kau", Kata Shazuan ketika itu.
YOU ARE READING
COVID-19 2021
RomanceGURAUANKU YANG DI ANGGAP SERIUS OLEH SAM MEMBUKA JALAN UNTUK DIRIKU MENIKMATI TUBUHNYA.SAM MENYEDARKANKU YANG KUASA WANG DAPAT MENUNDUKKAN LELAKI STRAIGHT. DUSUN SAHABAT BERJAYA BERTAHAN SELEPAS DI HENTAM TERUK DENGAN BADAI COVID19 DAN HALANGANKU U...