Shazuan baru selepas memarkir keretanya di tempat letak kenderaan setibanya dia di Mahkota Parade.
Memang inilah tempat yang selalu Shazuan pergi jika mahu mencari atau membeli barang.Syafiq yang dianggap seperti adik angkatnya sendiri turut menemaninya.Hari ini dia mahu membeli sedikit barang pejabat dan barang rumah. Shazuan mahu mencari komputer baru untuk pejabat Dusun Sahabat.Dia juga berhajat untuk membeli laptop jika kena dengan harganya.Dalam masa yang sama dia juga ingin membeli pakaian untuk abang angkatnya,Wafi dan adik angkatnya,Syafiq.Tadi ada juga Shazuan mempelawa Wafi untuk ikut bersama,tetapi abangnya menolak kerana ada urusan di asrama.
Beberapa hari yang lepas Shazuan ada meluahkan perasaannya kepada Syafiq, dia memberitahu remaja berusia 19 tahun itu yang dia sangat menyayangi Syafiq seperti adik sendiri,dan mahu menjadi abang angkatnya sekiranya Syafiq sudi.Shazuan mengatakan yang dia sangat merindui adik-adiknya yang telah meninggal dunia,dan kehadiran Syafiq seolah membalut luka kerinduan tersebut.
Istilah abang,akak atau adik angkat ni sudah biasa Syafiq dengar ketika dia berasrama dahulu.Bukanlah dia mahu berbangga,tetapi sepanjang 5 tahun dia berada di sana,dia sentiasa mempunyai peminat.Ada yang berjahat mahu menjadikan Syafiq sebagai kekasih dan ada juga yang mahu menjadikan Syafiq sebagai adik beradik angkat.
Syafiq berasakan hubungan seperti itu hanyalah sia-sia dan untuk melepaskan nafsu semata-mata.Dulu ada seorang kawan dalam Tingkatannya mempunyai seorang adik angkat perempuan dalam Ting 3,apa yang kawannya lakukan bukanlah menjaga adik angkatnya itu,malah mengambil kesempatan ke atas tubuh remaja tersebut.
Ada juga dia mengenali seniornya yang mempunyai adik angkat lelaki di asrama,tapi Syafiq berasa simpati apabila adik angkatnya itu hanya dijadikan orang suruhan sahaja.Segala perbelanjaan yang ada padanya dirampas begitu sahaja dari orang yang mengaku sebagai abang angkatnya.
Malah dia juga tahu ada beberapa orang seniornya dahulu mengambil adik angkat hanya untuk memuaskan nafsu masing-masing meskipun mereka adalah kaum sejenis.Sebaik sahaja mengenali Cikgu Wafi dan Shazuan,pandangannya pada hubungan itu mula berubah.Dia sendiri menjadi saksi melihat kejayaan Shazuan yang disokong oleh Cikgu Wafi yang sentiasa berada di belakangnya. Dusun Sahabat pula adalah lambang kejayaan besar mereka dalam perniagaan meskipun mereka tidak mempunyai pertalian darah.Memang benar mereka berdua bukanlah adik beradik,tetapi mereka amat menyayangi dan menghomati antara satu sama lain.
Selepas mendengar luahan daripada Shazuan,secara senyap dia menemui Cikgu Wafi dan meminta pandangan dari gurunya itu.Cikgu Wafi ketika itu hanya tersenyum sahaja.Pesan Cikgu Wafi jika hubungan itu memang betul ikhlas hendak dijalin,perkara itu tidak akan mendatangkan masalah.Secara gurau,Cikgu Wafi memaklumkan bahawa adik beradik angkatnya semuanya berjumlah 2 orang selepas aku memberikan persetujuan.
"Wan,abang dengar cerita kau nak amik Syafiq jadi adik angkat kau? Betul ke?", Soal Wafi kepada Shazuan.
"Ye bang,betul." Jawab Shazuan ringkas.Dia memandang wajah abangnya itu dengan harapan Wafi akan memberikan restu.
"Syafiq tu budak baik Wan.Aku taknak dia jadi macam kita.Aku mintak tolong kau tu je,jangan rosakkan dia.Apa yang kita buat,janganlah kau buat yang sama kat dia.Kau boleh janji?", Soalku lagi kepada adik angkatku itu.
"Wan janji Wan takkan rosakkan dia. Wan akan jaga dia macam abang jaga Wan sampai dia berjaya." Janji Shazuan ketika itu.
"Okay baik.Secara rasminya aku dah ada adik angkat baru seorang lagi", Kata Wafi sambil disambut ketawa oleh Shazuan.
YOU ARE READING
COVID-19 2021
RomanceGURAUANKU YANG DI ANGGAP SERIUS OLEH SAM MEMBUKA JALAN UNTUK DIRIKU MENIKMATI TUBUHNYA.SAM MENYEDARKANKU YANG KUASA WANG DAPAT MENUNDUKKAN LELAKI STRAIGHT. DUSUN SAHABAT BERJAYA BERTAHAN SELEPAS DI HENTAM TERUK DENGAN BADAI COVID19 DAN HALANGANKU U...