P18 : MENSYUARAT PIBG

310 9 0
                                    

Mensyuarat PIBG yang berlangsung hari ini mencapai beberapa keputusan penting.Antaranya adalah perlantikkan En Bakhtiar sebagai Pengerusi PIBG yang baru.Aku sebenarnya sudah lama mengenali En Bakhtiar sejak aku bersekolah di sini lagi.Dia merupakan AJK PIBG paling lama berkhidmat di sekolah ini dan hubungan aku dengannya cukup baik.

Keduanya adalah penubuhan Tabung Asrama yang terletak di bawah pemantauan PIBG bersama pihak pengurusan sekolah.Ketiganya adalah usahasama antara pihak sekolah bersama Dusun Sahabat untuk membina kolam ternakan ikan air tawar dan pembinaan kebun sayuran di kawasan tanah terbiar yang terdapat di sini.

Hasil jualan tersebut akan di masukkan ke Tabung Asrama yang baru diwujudkan itu yang dirancang bertujuan untuk membuat pelbagai aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah buat semua penghuni asrama putera dan puteri.Dusun Sahabat akan menyumbang kepakarannya,memberi tunjuk ajar kepada penghuni asrama untuk menternak ikan dan berkebun, manakala pihak sekolah bersama PIBG akan mengeluarkan kos pembinaan dan modal.

Ibubapa dan guru yang hadir ketika itu cukup bersetuju dengan cadangan tersebut semasa mensyuarat tersebut. Harapan mereka adalah untuk memastikan duit Tabung Asrama tersebut dapat diuruskan dengan baik.
Ustaz Razak dan En Bakhtiar yang masing-masing mewakili pengurusan sekolah dan PIBG berjanji akan melaksanakan amanah itu sebaik mungkin.

Shazuan juga turut hadir di sini bersama Pak Samad bagi mewakili Dusun Sahabat.Kemudian perjanjian usahasama ditandatangani dan mereka yang hadir pada hari ini memberikan tepukan yang cukup gemuruh.Sebagai pelajar yang pernah menimba ilmu di sini,aku berasa gembira kerana aku dan Shazuan diberikan peluang untuk berbakti walaupun dalam cara yang berlainan.

Dalam ucapan yang di sampaikan oleh Ustaz Razak,dia memohon agar kerjasama dengan pihak PIBG dapat diperkukuhkan lagi.Selain itu juga dia mengharapkan sokongan dari semua guru,ibubapa,penjaga dan pelajar di sekolah ini untuk menjayakan perancangan yang telah dibuat.

Dalam pada masa yang sama juga,Ustaz Razak mengumumkan bahawa pihak sekolah meluluskan penyertaan pasukan bolasepak untuk bertanding dalam Liga Daerah.Pasukan bolasepak akan terlibat dalan 2 perlawanan seminggu pada setiap hari Selasa dan Sabtu yang bermula 2 minggu lagi.Perlawanan akan berlangsung secara timbal balik dan ini bermakna pasukan sekolah turut akan beraksi di padang mereka sendiri.Ustaz Razak menjemput ibubapa yang berkelapangan hadir untuk memberikan sokongan.

Sebagai balasannya,Ustaz Razak meminta pemain pasukan bolasepak sekolah menandatangani surat akujanji yang mereka akan tidak akan mengabaikan pelajaran mereka sama sekali ketika sesi persekolahan berlangsung.Mereka juga mendapat pelepasan khas untuk tidak pergi ke kelas prep petang pada setiap hari Selasa untuk membuat persiapan awal sebelum perlawanan bermula.

Pada hari sekolah selain daripada hari Selasa,latihan pasukan akan bermula pada jam 4 petang sehingga jam 5.30 petang.Mereka perlu hadir dahulu ke kelas prep petang sehingga pukul 3.45 petang.Setiap malam pula mereka perlu berada di dalam gym yang terletak di asrama dari pukul 9.45 malam hingga pukul 11 malam.Latihan pada hari Sabtu dan Ahad pula akan berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga jam 10.00 pagi.

Azamku untuk membentuk pasukan bolasepak yang mantap bukanlah gurauan.Aku begitu komited dan serius untuk menjayakan perancangan itu.
Sebab itulah aku meminta kerjasama daripada ahli pasukan bolasepakku supaya dapat memberi komitmen yang sama ketika sesi latihan pasukan walaupun terpaksa mengharungi jadual harian yang padat.Tentang dana pasukan,tidak perlu dibimbangkan kerana mendapat tajaan daripada pihak sekolah dan PIBG.


COVID-19 2021Where stories live. Discover now