Aku yang ketika ini sedang berada di kafe Dusun Sahabat didatangi seorang lelaki yang berhajat mahu menjual tanahnya kepadaku.Pak Samad yang memperkenalkan dia kepadaku,
tambahan pula tanahnya betul-betul terletak bersebelahan dengan Dusun Sahabat.Pada mulanya aku seperti berat hati untuk melakukan urusan pembelian tersebut,tetapi selepas dia memberikan ku harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran,terus sahaja aku bersetuju.Mungkin aku akan menambah lagi kolam di kawasan tanah yang baru aku beli itu.Sebentar lagi aku akan berbincang dengan Shazuan selepas makan petang di sini.
"Abang dah deal dah ke dengan Tok Andak pasal tanah dia tu?", Tanya Shazuan ketika aku baru sahaja ingin memulakan perbualan itu dengannya.
"Beli dah.Esok or lusa nak pergi pejabat tanah untuk tukar nama." Jawabku lagi.
"Jadi Wafi kamu bercadang nak bangunkan apa kat situ? Homestay lagi ke?", Tanya Pak Samad yang turut berada di meja makan kami.
"Tak kot Pak Samad.Saya rasa cukuplah dengan apa yang ada sekarang.Lagipun tanah Tok Andak tu takde anak sungai pun.Kalau ada boleh lah.Saya cadang nak bela lembu je kat situ." Jawabku lagi.
"Elok juga tu bang.Lagipun saya takut PKP lagi.Rasanya lebih baik kita tumpukan pada penternakan dan pertanian je." Kata Shazuan yang sependapat denganku.
Aku meminta Pak Samad membantuku untuk menjayakan rancanganku untuk menternak lembu pula.Pak Samad bersetuju dan dia berjanji akan mencari baka lembu yang baik untuk diternak di sini.Dalam masa yang sama juga aku bersetuju untuk menjadikan tanah yang baru aku beli dari Tok Andak itu sebagai tempat khas untuk menternak dan berkebun sahaja.Ini bermakna semua yang berkaitan dengan kolam,sayuran,penternakan dan buah-buahan akan berada di situ.
Kerja-kerja membuat kolam ikan dan pagar baru akan diuruskan oleh Shazuan.Aku yakin kewangan Dusun Sahabat cukup untuk menampung kos tersebut.Dalam masa yang sama juga sempat aku memanggil Syafiq dan menitipkan pesanan kepadanya untuk melanjutkan pelajaran jika mendapat peluang.
Sedang aku bersembang dengan mereka semua,Mak Siti datang dan menghidangkan teh panas untuk minuman petang bersama lempeng yang baru di masak.
"Wafi ni Mak Siti nak bagi cadangan ni",Kata Mak Siti ketika itu."Haa apa benda Mak Siti? Bagitahu je lah." Kataku ketika itu.
"Dekat sini hampir tiap minggu boleh dikatakan ada tempahan majlis perkahwinan kat dewan.Tapi budak-budak takde tempat bermain, sebab tu ada yang bermain di tempat ruang makan dalam kafe sampai menggangu pengunjung lain.Kalau boleh kamu buatlah satu taman permainan sebagai kemudahan untuk mereka.Takdelah mereka berkejar-kejar lagi dekat sini." Luah Mak Siti ketika itu.
Aku dan Shazuan tersenyum sahaja mendengar rungutan daripada Mak Siti,begitu juga dengan Pak Samad.Aku tidak pasti sama ada ini adalah rungutan ataupun cadangan daripada Mak Siti.Bagaimanapun Shazuan mengangguk dan menyatakan persetujuannya.
"Ouh satu lagi Wan.Kau tolong bincang dengan kontraktor berapa kos kalau nak buat rumah 6 pintu." Pesanku kepada Shazuan ketika itu.
"Tadi kamu kata taknak tambah rumah atau chalet lagi.Ni kamu nak buat apa pula?", Soal Pak Samad kehairanan.
"Saya ingat nak buat rumah untuk pekerja.Maknanya nanti staff kita yang duduk jauh tu tak payah la berulang alik ke sini.Sewa je rumah dekat sini. Kalau menjadi idea ni senang lah,Pak Samad dengan yang lain pun tak payah jadi guard dah.Kita serap Pak Samad dengan yang lain-lain untuk buat tugas lain.Jadi kita sama-sama jaga Dusun Sahabat ni nanti macam tanah kita sendiri." Jelasku lagi.
"Bagus juga idea kamu tu.Kalau jadi Pak Samad nak 1 rumah ye.Harga sewa tu jangan terlampau mahal Wafi," Kata Pak Samad sambil ketawa.Aku hanya tersenyum sahaja ketika itu.
YOU ARE READING
COVID-19 2021
RomanceGURAUANKU YANG DI ANGGAP SERIUS OLEH SAM MEMBUKA JALAN UNTUK DIRIKU MENIKMATI TUBUHNYA.SAM MENYEDARKANKU YANG KUASA WANG DAPAT MENUNDUKKAN LELAKI STRAIGHT. DUSUN SAHABAT BERJAYA BERTAHAN SELEPAS DI HENTAM TERUK DENGAN BADAI COVID19 DAN HALANGANKU U...