P3 : CEMBURU

496 14 0
                                    

Aku menyambut kehadiran bekas pelajarku,Syafiq dengan mesra.Pada awal pertemuan itu aku terus memeluknya sebagai tanda simpati dan solidariti buat remaja berusia 18 tahun itu yang baru kehilangan ayahnya. Sementara itu adik angkatku,Shazuan membawa beg Syafiq dan meletakkannya di bilik yang sebelum ini dihuni oleh Shauki.

Kami bertiga kemudiannya menjamah makan petang yang telah disediakan oleh Mak Siti.Air tangan Mak Siti tidak pernah berkurangan meskipun sudah lama dia tidak menyediakan hidangan untuk kami.Dalam masa yang sama juga Shazuan mula menerangkan tentang tugas Syafiq yang akan mula bekerja lusa.

Semalam aku dan adik angkatku Shazuan membuat perdebatan hangat mengenai rancangannya untuk membuat COD bagi penghantaran makanan dan barang basah dari Dusun Sahabat.Memang benar pada awalnya aku tidak bersetuju dan berasa sangsi dengan ideanya itu,tetapi betul juga kata Shazuan.Tidak salah untuk mencuba dahulu.

Aku dan Shazuan kemudiannya berbaik seperti biasa.Tambahan pula kami berdua tidak mahu bermasam muka mengenai perkara ini apatah lagi ketika Syafiq telahpun berada di sini. Kami berdua tidak mahu dia menganggap yang kami bermasalah kerana kehadirannya ke sini.

Memang benar,iras wajah Syafiq dan Shazuan memang sama.Begitu juga dengan perwatakan mereka berdua. Sejujurnya aku sangat gembira perkenalan awal mereka bermula dengan cukup mesra dan selesa.Mereka berdua sering berbual dan bergurau antara satu sama lain.Hubungan mereka bolehlah diumpamakan seperti adik beradik ketika ini.

Rancangan Shazuan untuk menjual barangan basah dan makanan berlauk dari Dusun Sahabat secara COD mendapat sambutan yang sangat mengalakkan sejak dari hari pertama lagi.Syafiq yang ditugaskan untuk membuat penghantaran dan adakalanya Shazuan turut membantu jika berkelapangan.

Cumanya sejak akhir-akhir ini,Shazuan sering meluangkan masanya bersama Syafiq.Walaupun adik angkatku itu masih tidur bersamaku pada setiap malam tetapi hatiku berasa sedikit cemburu.Jika sebelum ini perhatian Shazuan hanya kepadaku seorang,kini keadaan sudah berbeza.

Aku sentiasa menyedapkan hatiku.
Mungkin Shazuan berkelakuan begitu kerana dia telah pun kehilangan adiknya beberapa tahun dahulu.
Kehadiran Syafiq pula seolah sebagai pengganti tambahan pula wajah mereka sangat seiras.Malah kakitangan disini juga mengibaratkan bersama seperti 2 orang adik beradik dari rahim yang sama.

Aku seolah berasa diriku sudah dipinggirkan meskipun aku cuba memujuk hatiku.Memang dihadapan mereka aku gembira melihat hubungan mereka yang akrab dan mesra.Tapi ketika dibelakang mereka,hatiku berasa sakit kerana cemburu.Sebab itu aku lebih suka meluangkan masa dengan melepak di pejabat Dusun Sahabat sahaja dari melihat mereka berbual dan bergurau di dalam rumah.

"Shazuan dan Syafiq mana?", Soal Pak Samad kepadaku ketika dia memasuki pejabat.

"Entah lah Pak Samad.Tengah delivery kot", Jawabku ringkas.

"Seronok Pak Samad tengok mereka berdua tu.Dah macam adik beradik, tambah pulak muka sama." Kata Pak Samad ketika itu.

Aku hanya mendiamkan diri sahaja ketika itu.Aku tidak mahu terbawa-bawa dengan emosi untuk menjawab apa yang dikatakan Pak Samad mengenai hubungan mereka berdua ketika ini.

"Kamu okay tak Wafi? Sejak akhir-akhir ni Pak Samad tengok kamu macam berenggang je dengan Shazuan." Tanya Pak Samad ketika itu.

"Saya okay ke Pak Samad.Takde hal pun dengan Wan tu.Lagipun dia dah besar, takkan saya nak layan dia macam dulu", Jawabku tersenyum.Aku berkata begitu untuk memujuk hatiku sendiri sahaja ketika itu.

"Hmm..Kalau macam tu tak apalah. Jangan disebabkan Syafiq tu hubungan kamu berdua renggang pula.Lagipun Syafiq tu budak yang baik", Kata Pak Samad lagi.

COVID-19 2021Where stories live. Discover now