P4 : KEMBALI BERNAFAS

462 10 0
                                    

Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPD).Dengan pengumuman oleh pihak kerajaan itu, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat bagi menjalani aktiviti harian di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sepanjang PKPP itu,perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).Jadi,bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa tinggal berjauhan di negeri lain,bolehlah bertemu keluarga tanpa sekatan.Cuma pihak kerajaan  menasihatkan supaya rakyat sentiasa menjaga kebersihan diri,pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

Dalam perutusan yang disiarkan secara langsung itu,Perdana Menteri turut mengumumkan dalam tempoh PKPP ini juga, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan sektor ekonomi akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

Selain sektor perniagaan dan ekonomi yang dibenarkan beroperasi seperti diumumkan sebelum ini,lebih banyak aktiviti komersial dibuka, begitu juga lawatan ke muzium, aktiviti perikanan rekreasi dan penggambaran filem akan dibenarkan.

Pihak kerajaan juga sudah memaklumkan beberapa jenis aktiviti sukan dan rekreasi akan dibuka semula,kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan,namun pertandingan sukan atau permainan yang membabitkan perhimpunan penyokong atau penonton masih tidak dibenarkan.

Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri,aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan dengan menegaskan sempadan negara masih ditutup dan tiada kebenaran melancong ke luar negara.

Dalam kategori perayaan dan aktiviti keagamaan, sambutan Aidiladha dan ibadat korban akan dibenarkan,begitu juga solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah ibadat dibenarkan mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat.

Bagi sesi persekolahan pula,sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) danKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.

Berita baik tersebut disambut dengan penuh kelegaan buat diriku,apatah lagi sudah beberapa bulan Dusun Sahabat tidak menerima sebarang tempahan pengunjung untuk bermalam atau beriadah di sini akibat kekangan daripada pihak kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Oleh itu,aku mengeluarkan arahan agar semua kakitangan Dusun Sahabat untuk berkumpul di cafe esok untuk perbincangan pembukaan semula Dusun Sahabat.
"Senyum lebar abang,dapat tarik nafas ke belum?", Tegur Shazuan kepadaku ketika aku tersenyum seorang diri selepas penguguman itu tamat.

"Fuhh,mestilah lega Wan.Sebelum ni duit jual ikan dengan sayur tu mampu untuk tanggung gaji pekerja je.Dekat kita langsung takde gaji,lepas ni boleh lah dapat gaji kita balik", Jawabku dengan nada yang lega.

"Yeke pakai duit kolam je? Takde langsung pakai duit abang?", Soal Shazuan sambil memandang wajahku.

"Hmm ada tu ada.Tapi takpe,asalkan pekerja kita kat sini takde yang berita. Dapat hidup macam biasa walaupun PKP", Jawabku kembali.Terus terang,selain mengharapkan duit jualan daripada ikan dan sayuran,aku juga menggunakan wang simpananku untuk menampung pembayaran sekiranya tidak cukup.

"So apa plan abang untuk Syafiq?", Tanya Shazuan tiba-tiba kepadaku.

"Aku plan nak suruh dia sambung study Wan,tapi macam Shauki atau Khairul lah.Kita buat macam dulu,sebab tengok gaya kau lambat lagi balik London ni." Kataku kepada Shazuan sambil ketawa.

"Amboi bang,Wan tak balik London pun Wan tetap masuk kelas online tau.Pagi-pagi pulak tu", rungut Wan ketika itu.





COVID-19 2021Where stories live. Discover now