P2 : PERCANGGAHAN

566 12 0
                                    

"Kau nak bagi kerja apa kat dia Wan?", Soalku selepas perbualan Shazuan dan Syafiq selesai.

"Balik kang saya nak jumpa Mak Siti. Saya ingat nak buat food delievery dengan COD barang basah.Biar Syafiq yang hantar." Jawab Shazuan ketika itu.

Aku terus berkata yang aku tidak bersetuju dengan rancangannya.
Dengan kawasan tempat operasi kami yang jauh terletak di dalam hutan,sudah pastilah perkara itu tidak mendapat sambutan.Tambahan pula Rembau ini kawasan kampung sahaja,bukan kawasan bandar seperti Seremban atau pun Kuala Lumpur. Dan orang di sini lebih rela memasak sendiri di rumah dari membeli makanan dari luar.

"Tapi bang,kalau kita tak cuba kita tak tahu bang", Jawab Shazuan ketika itu yang masih lagi mempertahankan rancangannya.

"Masalahnya Wan aku takut takde sambutan.Kalau jadi lah apa yang aku cakap,kita nak cekau mana duit nak bayar gaji semua tu? Dah la Dusun Sahabat tak boleh bukak lagi.Ni nasib baik lah kolam ikan dengan kebun sayur tu ada,kalau tak,nak bayar gaji staff pun tak lepas tau." Kataku dengan nada yang tinggi.

"Abang sendiri yang cakap kita kena kreatif dan fikir peluang untuk buat duit.Bila saya bagi idea abang pulak tak setuju", Luah Shazuan dengan nada kecewa.

"Masalahnya idea kau ni mengarut,tak boleh pakai", Bentakku lagi ketika itu.

"Saya akan tanggung semua kerugian.
Kalau tak lepas gaji,saya sendiri bayar pakai duit saya bayar.Puas hati sekarang?", Jawab Shazuan ketika itu.

Keadaan dalam kereta ketika ini cukup tegang.Kami berdua masing-masing menghentikan perbualan.Sampai sahaja di Dusun Sahabat,aku terus masuk ke dalam rumah dan Shazuan menemui Mak Siti di kafe.Aku pun tidak tahu sejak bila Shazuan pandai melawan kataku.Aku hanya membiarkan sahaja Shazuan sendirian berbincang tentang ideanya bersama kakitangan Dusun Sahabat yang lain.

"Uncle Raja,esok free tak?", Soal Shazuan kepada pengawal keselamatannya itu.

"Esok saya bertugas Shazuan? Kenapa?" Soalnya pengawal keselamatan berbangsa India itu.

"Saya nak mintak tolong Uncle jemput seorang kawan saya dekat Nilai.Pakai je kereta saya.Nanti saya buat surat,kejap lagi kita sama-sama pergi ke balai buat permohonan." Jawab Shazuan ketika itu.
--------------------------------------------------------------
Kereta yang dinaiki Syafiq semakin hampir tiba di Dusun Sahabat.Dia dijemput tadi oleh Raja,salah seorang kakitangan dari sini.Raja yang mewakili Dusun Sahabat turut berbincang dengan En Azlan sebelum melepaskan anak tirinya itu keluar untuk bekerja di sini.

Keadaan di Dusun Sahabat tidak seperti ketika sebelum ini.Suasana cukup lenggang dan sunyi.Cuma di bahagian hujung itu sahaja yang kelihatan sedikit meriah kerana terletaknya kolam ikan dan kebun sayuran.Raja kemudian meminta Syafiq memasuki pejabat Dusun Sahabat kerana ada seseorang sedang menantinya.

Syafiq terus menolak pintu selepas dia ada mendengar suara yang mengizinkan dia masuk.Suara itu sama seperti suara yang didengarinya dalam telefon semalam.Alangkah terkejutnya apabila orang yang menantinya ketika itu mempunyai wajah yang seiras dengannya,cuma potongan rambut sahaja yang sedikit berbeza.

"Abang ni abang Shazuan ke?", Soal Syafiq ketika itu.

"Haah,abanglah ni.Meh duduk", Senyum Shazuan ketika itu.

Benarlah apa yang didengari dan diceritakan kepada Shazuan sebelum ini tentang Syafiq yang memiliki eajah yang seiras dengannya.Pertemuan mereka berdua buat kali pertama ini terus bermula dengan gelak tawa,maklumlah apabila mereka sedang melihat diri masing-masing yang mempunyai iras wajah yang sama.

COVID-19 2021Where stories live. Discover now