P13 : MERINDUI KAWAN

324 11 0
                                    

Petang tadi selepas aku selesai bermain bola bersama penghuni asrama di padang,aku dikejutkan dengan berita mengenai kemalangan maut yang melibatkan rakan lamaku dahulu Mubin dan juniorku di sini Ariff di Putrajaya.Kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan sebelum merempuh lori rosak yang berada di lorong kecemasan.

Mubin bersekolah denganku di sini dari Ting 1 hingga Ting 3.Dia kemudian dibuang asrama kerana cubaan serangan seksualnya ke atas Shazuan. Turut dibuang asrama ketika itu adalah Amir.Aku juga pasti Amir mengetahui tentang perkara ini kerana berita kematian tersebut dimaklumkan dalam group whatsapp betchku.

Aku juga sebenarnya tertanya bagaimana Ariff yang merupakan adik angkat kepada Zairol dulu boleh berada dengannya ketika itu? Tapi siapalah yang boleh menjawab soalan tersebut. Mungkin ini adalah balasan pada perbuatan buruk yang dilakukan oleh Mubin sebelum ini atau mungkin ini telah ditakdirkan.

Beberapa kawan betchku akan menziarahi jenazah Mubin di Klang.
Aku tidak dapat hadir kerana jadual padatku sebagai seorang warden di sini.Tambahan pula aku bertugas berseorangan kerana sehingga kini tiada warden baru dilantik.Amirul, Tariq antara yang memaklumkan akan hadir untuk pengebumian Mubin nanti.

Sudah lama sebenarnya aku tidak bertemu dengan sekolahku yang dulu. Aku seolah telah terputus hubungan dengan mereka.Aku juga sudah lama tidak mendengar khabar Nizam meskipun rumahnya terletak berdekatan sahaja dengan rumah Shazuan.Dia telah pun menamatkan pengajiannya di universiti dan aku percaya dia telah pun bekerja ketika ini.

Aku juga tidak lagi mendengar khabar Aliff.Aku sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan ketika ini dan di mana dia berada sekarang.Khairul yang menuntut kampus dengannya sebelum ini memberitahuku Aliff di buang dari kampus kerana sering melanggar arahan disiplin yang ditetapkan.Selain itu juga dia berasa amat bersalah di atas kematian adik perempuannya.

Sebelum ini ketika kawan-kawanku yang lain mengajak untuk reunion aku sering menolak.Bukanlah kerana aku sombong ataupun apa,tetapi  aku takut berasa sedih sekiranya sehingga kini mereka tidak mencapai apa-apa lagi dalam kehidupan mereka.Bukanlah bermaksud aku berkata aku seorang yang berjaya,tetapi aku bimbang dan berasa sedih jika kejayaan yang aku ada ketika ini masih tidak mampu membantu kawan-kawanku yang lain.

Suasana di asrama mula sunyi kerana semua pelajar telah pun melelapkan mata.Aku kemudian meneruskan rutin kerjaku dengan meronda di kawasan asrama untuk memeriksa keadaan dan situasi di asrama ketika ini.Manalah tahu pada waktu begini ada pelajar yang mahu membuat masalah atau jika ada yang mahu memohon bantuan.

Ingatanku kepada kawan-kawanku yang pernah berasrama di sini semakin menebal.Di asrama yang buruk inilah kami belajar berdikari,belajar tentang kehidupan dan mencipta keindahan dalam persahabatan.Meskipun apa yang dilalui kami itu adakalanya bukanlah kenangan yang manis,tapi dari situlah kami bersama-sama mengharungi rintangan untuk hari yang mendatang.

Di sinilah tempat kami berkongsi cerita,meluahkan perasaan dan mencipta kenangan.Pengalaman berharga ini sudah pasti tidak boleh dibeli dengan berapa pun harganya.
Pengalaman inilah yang mendewasakanku dan itulah yang membentuk diriku pada waktu ini.

Aku berharap pada suatu masa nanti hatiku akan terbuka untuk berjumpa kembali dengan semua kawan-kawanku.Kembali bercerita tentang perkara silam,bergelak ketawa kembali dan kembali menyayangi antara satu sama lain.Suatu masa nanti jika aku sudah berkahwin dan dikurniakan anak,aku akan bercerita kepadanya betapa indahnya kehidupan di asrama.

COVID-19 2021Where stories live. Discover now