P28 : PENUNDAAN LIGA

260 9 0
                                    

Aku menerima emel dari penganjur Liga Daerah yang memaklumkan baki perlawanan pada minggu ini akan ditunda kerana mendapat banyak rayuan dari pasukan bertanding yang lain berikutan jangkitan Covid-19 yang menular dalam pasukan mereka.Penundaan akan dibuat selama 2 minggu dan makluman ini tiba pada masanya disaat pasukanku begitu tertekan kerana menghuni kedudukan terbawah dalam liga.

Pasukanku bukan sahaja menjadi pasukan bolos paling banyak,tetapi pasukanku juga menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum menjaringkan gol setakat ini.Malah pasukanku juga merekodkan pungutan kad kuning terbanyak berbanding pasukan lain yang bertanding.

Aku mahu menggunakan kesempatan 2 minggu ini untuk mencari punca kegagalan pasukanku di samping ingin menaikkan kembali moral pemain pasukanku yang begitu teruk terjejas ketika ini.Aku kemudian memanggil Khai yang bertindak selaku kapten pasukan untuk memaklumkan sesi latihan pada petang ini dibatalkan,bagaimanapun aku mahu menemui semua pemain pasukan di dalam bilik gerakan pada petang ini.

Setelah semua pemain berada di dalam bilik gerakan,aku memulakan ucapan pembukaanku dengan memaklumkan berkenaan penundaan liga dalam tempoh 2 minggu.Aku juga meluahkan rasa sedih dan kecewaku dengan prestasi pasukan ketika ini dan meletakkan beban kesalahan itu di bahuku sendiri.

Aku juga memaklumkan yang aku ingin mencari punca sebenar kemerosotan pasukan dalam tempoh yang ada ini dan dalam pada masa yang sama aku memohon pemainku untuk memaklumkan kepadaku sekiranya mereka mempunyai apa-apa masalah sama ada ketika dalam latihan ataupun ketika berada di asrama.

Suasana dalam bilik gerakan cukup sunyi,tiada seorang pun pemain yang mahu bangun tampil untuk bercerita mengenai masalah mereka.Tetapi dari pandangan mataku,aku dapat merasakan masing-masing antara mereka ini sedang menyembunyikan sesuatu di luar pengetahuanku.

"Macam ni lah.Mungkin ada kelemahan dari segi cara aku melatih korang.Mungkin aku bukan orang yang sesuai kot.Aku bagi masa sampai esok petang,andai kata kalau aku masih tak tau apa punca kemerosotan korang ni,aku letak jawatan je.Ada baiknya orang lain yang handle atau uruskan team ni lepas ni.
Rasa nak bercerita dengan aku sorang boleh jumpa aku bila-bila masa sampai petang esok.Aku sudi mendengar.Bersurai semua." Ucapku ketika itu.
_______________________________________
"Bukan salah Cikgu Wafi,aku rasa kita kena jumpa dia lah Fayyad, bagitahu benda sebenar kat dia", Kata Ayash kepada kawannya itu ketika mereka berdua melepak dalam bilik.

"Masalahnya dia percaya ke kata kita ni? Sedangkan Bang Sam,Khai dengan Nicky tak cakap apa pun." Jawab Faayad ketika itu.

"Cuba kau fikir balik,Farhan pun kena.Macam kebetulan pula budak bola je yang kena kacau sekarang." Luah Ayash ketika itu.

Khai yang ketika itu sedang berjalan menuju ke kelas prep dipanggil oleh kekasihnya,Ekyn.Melihat raut wajah Ekyn yang cemas ketika itu,segera dia meluru menghampiri kekasihnya itu.
"Kenapa Ekyn?",Soal Khai ketika itu.

"Khai,saya ada benda nak tanya awak.Tapi saya nak awak jujur dengan saya." Kata Ekyn.

"Apa benda Ekyn.Tanya je lah." Jawab Khai yang tersenyum tawar ketika itu.

"Barang Khai ada apa-apa yang hilang ke? Locker Khai ada kena kopak ke?", Soal kekasihnya itu.Khai sebenarnya terkejut apabila Ekyn mengetahui perkara itu.Rasanya dia tidak pernah pun bercerita tentang masalah yang dihadapinya di asrama.

"Memang locker Khai kena kopak.
Tapi macamana Ekyn boleh tahu?", Soal Khai ketika itu.

"Mungkin barang ni barang Khai.Ada orang letak dalam beg Ekyn masa rehat tadi.Ekyn pun tak tahu sape yang letak.Khai tak payahlah tengok benda ni kat sini.Khai tengok kat bilik je nanti." Kata Ekyn sambil menghulurkan beg kertas kepada Khai sebelum berlalu pergi.

COVID-19 2021Where stories live. Discover now