P27 : HILANG PERTIMBANGAN

363 11 0
                                    

Latihan bolasepak berlangsung seperti biasa di bawah kendalian Cikgu Wafi yang bertindak sebagai jurulatih pasukan.Nampaknya guru muda itu masih tidak mengetahui tentang masalah dan tekanan yang dihadapi oleh para pemainnya terutamanya pemain junior.

Cumanya aktiviti latihan pada hari ini lebih santai kerana Cikgu Wafi tidak mahu ada para pemainnya yang cedera menjelang perlawanan pada hari esok di tempat lawan.Dalam pada masa yang sama juga Cikgu Wafi memberikan arahan taktikal dan strategi untuk menghadapi perlawanan esok.

Malam itu ketika semua penghuni sedang lena melelapkan mata,Zaquan dan Kama secara senyap-senyap bangun dah menuju ke Bilik Zuhal yang menempatkan Ipin dan Shahrul.
Mereka berdua merupakan pemain yang berada dalam pasukan bolasepak kendalian Cikgu Wafi.Zaquan mula membuka pintu Bilik Zuhal yang berkunci menggunakan master key dan kemudian dalam senyap-senyap membuka locker Ipin dan Shahrul yang sedang lena ketika itu.

Keesokannya ketika mahu pergi sekolah,barulah 2 orang pemain pasukan bolasepak sekolah ini menyedari kehilangan dompet dan wang tunai milik mereka.Apatah lagi wang tunai yang hilang itu adalah yuran makan yang perlu dibayar kepada pihak sekolah.

Khai pula terkejut apabila lockernya turut dipecahkan ketika pulang ke asrama selepas makan tengahari.
Mujurlah dia tidak kehilangan barang-barang berharga.Tanpa dia sedar,spender yang belum dibasuhnya yang tersimpan di dalam locker turut hilang.Dia sendiri mungkin tidak menduga bahawa Zaquan dan Kama lebih suka mencuri spendernya daripada barang berharga yang lain di dalam locker.

"Kau kenapa Khai? Lain macam muka?", Soal Nicky ketika itu.Mereka sedang berada di hadapan pejabat ketua warden sambil menunggu kehadiran pemain pasukan yang lain.

"Locker aku kena pecah.Sial betullah budak-budak asrama ni.Nasib baik ada game kejap lagi,kalau tak memang aku kumpul semua", Luah Khai yang marah ketika itu.

"Bila kena pecah Khai?", Soal Sam yang berada di situ.

"Aku tak tahulah,balik dari prep memang dah kopak." Jelas Khai lagi.

"Sape pulak yang buat kerja tu? Kita je la kot yang boleh balik awal.Budak lain mana boleh." Ulas Nicky yang kehairanan ketika itu.

"Aku syak budak bola gak ni.Siallah memang kena dorang dengan aku nanti." Jawab Khai lagi dengan geram.

Sekali lagi pasukan bolasepak tewas di laman lawan dengan jaringan 5-0. Suasana ketika perlawanan itu cukup tegang tetapi bukanlah kerana berhadapan dengan pasukan lawan,tetapi dengan ahli pasukan sendiri.Khai seolah melepaskan emosinya ketika beraksi di atas padang, dia langsung tidak mahu menerima bola dari hantaran pemain yang lain dan dia juga langsung tidak mahu bermain dalam satu pasukan.

Akhirnya,pada minit ke 58 Khai terpaksa dikeluarkan oleh Cikgu Wafi dan digantikan dengan Faruki.Riak wajahnya seolah menceritakan segala
galanya ketika itu.Suasana dalam van sekolah cukup sunyi ketika mereka semua dalam perjalanan pulang ke asrama.Tiada sesiapapun yang berkata apa-apa ketika ini,masing-masing dalam keadaan tertekan.

Malam itu Khai mengumpulkan semua pemain pasukan bolasepak terutamanya pemain junior.Dia masih mengesyaki bahawa ahli pasukannya sendiri yang memecahkan lockernya.
Rasa amarahnya ketika itu masih belum hilang.Dia bertanya setiap orang yang berkumpul ketika itu untuk mengaku kesalahan mereka dan bertanggungjawab,tetapi tiada sesiapa yang mengaku.

Berang dengan keadaan ketika itu,Khai yang ketika ini dikuasai dengan emosi kemarahannya bertindak mula menampar muka setiap ahli pasukannya ketika itu.Sam dan Nicky yang berada bersamanya dapat menghalang supaya keadaan tidak bertambah buruk.

COVID-19 2021Where stories live. Discover now