P12 : AKRAB

341 12 0
                                    

Sudah lama Wafi tidak pulang ke Dusun Sahabat,guru yang berusia 29 tahun itu terlalu sibuk dengan kerja hikikinya ketika ini.Segala urusan berkaitan Dusun Sahabat diuruskan oleh adik angkatnya,Shazuan sambil di bantu oleh bekas pelajarnya,Syafiq.

Syafiq baru-baru ini telah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran, tetapi dia menolaknya kerana dia tidak bersedia sepenuhnya untuk menghadiri kuliah secara online ketika itu.Dia lebih sukakan pembelajaran secara bersemuka.Oleh itu dia merancang akan menunggu sedikit masa lagi.

Shazuan pula masih tidak dapat pulang ke London kerana pintu sempadan negara masih belum dibuka.Meskipun dia sangat sibuk menguruskan Dusun Sahabat ketika ini,dia tetap menghadiri kuliah secara online.Cumanya dia terpaksa berjaga lewat pagi untuk mengikuti kuliah online tersebut.

Hubungan Shazuan dan Syafiq semakin akrab.Sejak ketiadaan Wafi,Shazuan sering tidur bersama Syafiq di biliknya. Setakat ini dia tidak pernah tidur dalam keadaan memakai spender seperti kebiasaan yang dilakukan ketika tidur bersama abang angkatnya, Wafi.

Shazuan benar-benar ikhlas menjaga dan menyayangi Syafiq seperti adik kandungnya sendiri.Sebab itu dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas adik angkatnya itu.Tambahan pula,dia takut kehilangan Syafiq jika adik angkatnya itu tahu dia seorang gay.

Dia melayan Syafiq dengan baik sekali. Segala permintaan Syafiq dia tunaikan.
Tetapi Syafiq tidak pernah mengambil kesempatan di atas kebaikan yang dia lakukan.Sifat yang ada pada Syafiq ini mengigatkan dia ketika kali pertama dia berkenalan dengan Wafi.

Jauh di sudut hatinya teringin mahu membawa Syafiq bercuti di Kuala Lumpur.Membeli belah dan berjalan-jalan di sana.Tetapi tugasnya di Dusun Sahabat membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat tersebut. Mungkin apa yang dirasai Wafi dahulu sedang dilaluinya ketika ini.

Dusun Sahabat kembali kepada dulu.
Ramai sudah pengunjung yang sudah datang bermalam dan beriadah di sini pada hari biasa.Tempahan dewan untuk majlis perkahwinan pun sudah bermula.Begitu juga dengan tempahan dari Sekolah,Institut Latihan Awam/Swasta,Jabatan Kerajaan dan lain-lain lagi.Dusun Sahabat kembali meriah seperti dulu.

Shazuan merancang untuk menambah lagi kolam ikan.Dia bercadang untuk menternak ikan siakap dan jenahak pula di sini.Begitu juga dengan kolam udang.Hasratnya itu telah pun disampaikan kepada Wafi dan abang angkatnya itu bersetuju.Tinggal proses pelaksanaan sahaja.Shazuan dan Wafi mengambil pengajaran semasa PKP, mereka tidak boleh mengharapkan semata mata keuntungan Dusun Sahabat dari chalet dan bilik sahaja.

Tempoh PKP adalah paling mencabar untuk melangsungkan perniagaan mereka.Mujurlah Wafi ada mengusahakan kolam ikan dan kebun sayuran.Sekurangnya Dusun Sahabat dapat membayar gaji semua kakitangan walaupun mereka berdua sendiri tidak mendapat gaji.Jika ada kekurangan, Wafi sendiri akan mengeluarkan sendiri wang simpanannya untuk menampung kekurangan tersebut meskipun abang angkatnya itu tidak bercerita.

Mereka berdua mahu mempelbagaikan lagi peluang perniagaan di sini.Tanah di Dusun Sahabat ini cukup besar dan amat rugi jika tidak dimanfaatkan.
Shazuan tahu Wafi juga sedang mencari idea untuk menambahkan pendapatan di Dusun Sahabat.Cuma setakat ini belum ada idea bernas yang melintasi fikirannya.

Berbalik pada hubungan Shazuan dan Syafiq,dalam kemesraan hubungan tersebut adakalanya hati Shazuan mula goyah apabila melihat melihat bulge milik adik angkatnya itu.Selama ini dia tidak pernah merasai nikmat tubuh mana-mana remaja yang di bawah umurnya,apatah lagi dengan seseorang yang mempunyai jarak umur 9 tahun dengannya.

Shazuan bertahan dan menepis godaan tersebut.Dia mengigatkan kembali dirinya bahawa dia menjadikan Syafiq sebagai adik angkat untuk menjaganya, bukan untuk dijadikan tempat memuaskan nafsu.

COVID-19 2021Where stories live. Discover now