P8 : KEHADIRAN KELUARGA

416 9 0
                                    

Shazuan membelikan pakaian baru buat adik angkatnya,Syafiq.Tidak dilupakan adalah sehelai seluar kerja dan baju kemeja untuk abang angkatnya,Wafi.Sebelum membuat bayaran,Shazuan sempat mencapai 2 kotak spender jenama RENOMA untuk dia dan Wafi.
"Eh bang,banyaknya abang beli spender?", Soal Syafiq ketika itu.

"Ni satu abang punya,satu bang Wafi punya.Adik nak jugak ke?" Soal Shazuan kembali.

"Eh takpe bang.Saya order kat Shopee je," Jawab remaja berusia 18 tahun itu.

Syafiq segan sebenarnya,begitu banyak pakaian baru yang dibelikan oleh Shazuan.Harganya bukan biasa-biasa, semuanya mencecah ratusan ringgit juga.Syafiq begitu jauhnya jurang antara dia dengan Shazuan.Sebab itu kadang kala dia berasa segan sekiranya perlu mengikuti Shazuan ke mana-mana kerana pakaiannya.

"Maknanya sebelum ni kalau shopping memang abang dengan Cikgu Wafilah?", Soal Syafiq lagi ketika Shazuan memandu kereta untuk pulang ke Rembau.

"Haah.Dari dulu lagi memang macam tu.Dari zaman sekolah.Memang dia je yang abang ada.Tapi adik untung,adik ada abang,ada Cikgu Wafi." Kata Shazuan.

"Tapi bang,macamana Cikgu Wafi boleh urus 3 kerja sekali gus?Padahal dia ada je kat asrama tu", Soal Syafiq yang masih berasa kehairan.

"Entah lah Piq,abang pun kadang-kadang tak faham dengan dia. Kalau abang kat tempat dia pun abang tak boleh buat apa yang dia buat." Jelas Shazuan lagi

Sampai sahaja di Dusun Sahabat,
Shazuan terus mengajak adik angkatnya itu ke pejabat Dusun Sahabat untuk menguruskan pendaftaran pengunjung untuk bermalam di sini.Barang yang dibeli mereka tadi dibiarkan sementara di dalam kereta.Sedang Syafiq leka membantu Shazaun,dia terdengar suara ibunya seolah menegurnya,
"Eh ibu", Jawab Shafiq sambil mengucup tangan ibunya.

"Makcik,saya Shazuan", Kata Shazuan pula ketika.

"Ohh ini tokey dia? Bagus muda-muda dah berjaya." Puji En Azlan sambil menghulurkan tangan kepada Shazuan.

"Eh bukan pakcik.Saya tokey kecik.
Kepala besar kat sini Cikgu Wafi,cikgu sekolah Syafiq dulu." Jelas Shazuan lagi.

"Ketua warden tu ke? Baguslah kamu berdua.Sama-sama berjaya.Senang hati pakcik dgn makcik bila Syafiq kerja kat sini.Syafiq,kamu boleh jadikan Cikgu Wafi dan Abg Shazuan sebagai mentor tau", Pesan ayah tirinya itu.

"Abah tidur dekat sini ke? Adik-adik yang lain mana?", Soal Syafiq pula.

"Mestilah ayah tidur sini,nak dapat tidur sini pun kena que tau.Terus 2 malam ayah amik.Adik-adik kamu yang lain semua berebut nak masuk bilik dah", Jawab En Azlan dengan penuh mesra.

"Kenapa tak bagitahu abang yang family kau datang?", Soal Shazuan kepada adik angkatnya itu.

"Shazuan jangan salah faham,memang makcik sekeluarga datang suprise", Celah ibunya ketika itu.

"Bukan apa makcik,kalau makcik datang saya bagi diskaun tidur kat sini." Jawab Shazuan ketika itu.

"Eh takpe Shazuan.Bisnes kamu pun baru nak pulih.Next time ya", Jawab En Borhan ketika itu.

Sementara Syafiq beramah mesra dengan ahli keluarganya yang lain, Shazuan terus tugasnya melayani kehadiran pengunjung ke sini.Begitu ramai pengunjung yang datang bermalam dan beriadah di sini,apatah lagi ini adalah dalam minggu-minggu terakhir cuti penggal sekolah.

Melihat cara keluarga Syafiq melayannya,tiba-tiba Shazuan teringat dan merindui keluarganya yang sudah beberapa tahun tiada.Meskipun En Borhan merupakan ayah tiri kepada Syafiq,tetapi dia tetap melayan remaja berusia 19 tahun itu seperti anaknya sendiri.

COVID-19 2021Where stories live. Discover now