AMARAN PENTING

2.2K 112 5
                                    

Saya ingin menekankan di sini, bahwasanya cerita Fleur Sophia: Not A Pure Blood bukanlah sebuah cerita biasa yang boleh di baca oleh kesemua orang.

Cerita ini mengandungi penyeksaan fizikal serta mental yang mungkin membuatkan para pembaca berasa tidak selesa terutama sekali jika pembaca pernah mengalami trauma yang melibatkan keluarga.

Not A Pure Blood bukanlah satu jilid yang murni malah isinya penuh dengan kesakitan yang melampau. Jika anda tidak mahu atau takut untuk membaca, saya sarankan agar anda tidak layari kisah Fleur Sophia Jilid Ketiga ini.

Sebelum membaca jilid ketiga ini juga, anda dinasihatkan untuk baca sekurang-kurangnya Fleur Sophia Jilid Kedua agar anda tahu mengapa kekejaman dalam cerita ini berlaku sebegitu.

Sila pilih bahan bacaan anda mengikut keselesaan masing-masing. Pihak Nurail Irmela tidak akan bertanggungjawab atas segala kesengsaraan yang anda hadapi saat baca kisah ini memandangkan kami juga sudah beri amaran awal.

Segala situasi dalam cerita Fleur Sophia: Not A Pure Blood merupakan rekaan dan imaginasi semata-mata. Kami minta agar anda tidak kaitkan kisah ini dengan realiti kehidupan demi kebaikan semua pihak.

Selamat membaca dan saya minta maaf jika anda terpaksa drop kisah ini demi kebaikan diri anda sendiri.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now