BAB 11

721 62 14
                                    

Mata Harraz serta Fleur saling bertaut, sebuah pandangan yang penuh dengan segala rahsia serta resah, sementara sebuah lagi pandangan penuh dengan terkilan dan amarah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Harraz serta Fleur saling bertaut, sebuah pandangan yang penuh dengan segala rahsia serta resah, sementara sebuah lagi pandangan penuh dengan terkilan dan amarah.

Harraz masih kaku di tempat dia berdiri. Cuai. Dirinya cuai kerana biarkan televisyen terbuka. Jujurnya, sewaktu Harraz tiba di wad Fleur pagi ini, televisyen itu sudah terbuka, menyaji pandangan kosong Fleur. Harraz langsung tak teringat untuk tukar siaran agar berita pagi tidak di tonton oleh Fleur.

"Malam tadi...Harraz tak datang sebab uruskan pengebumian mummy dan daddy, kan?" bergetar teruk suara Fleur tika ini.

Rahang Harraz bergerak-gerak. Pandangan matanya perlahan-lahan turun ke bawah, enggan membalas pandangan kecewa Fleur, perkara itu buat hati Harraz sesak.

"Malam yang Fleur berseorangan boleh jadi malam di mana Fleur peluk tubuh mummy buat kali yang terakhir." Fleur tahan air mata dari terus mengalir keluar.

"Hari anak Fleur meninggal, adalah hari mak dan ayah Fleur meninggal. Kemudian suami Fleur? Dia ada...tapi dia buat keputusan untuk letak Fleur ke tepi tanpa sebarang sebab yang munasabah," sambung Fleur lagi, bersama intonasi menahan geram.

"Abang ada sebab." Harraz membela diri.

"Tak ada satu pun sebab yang munasabah bila melibatkan perkara ni. Satu sebab pun, Fleur takkan boleh terima. Cakaplah apa sekalipun, Fleur tetap terkilan dengan abang kalini. Sakit yang Fleur rasa sekarang lebih teruk berbanding sakit saat tau tentang kematian Fiyaadh dan Fath." Fleur tak dapat tahan segala rasa dalam hatinya.

Dia benar-benar kecewa. Kecewa yang teramat sangat dengan Harraz. Apa pun sebabnya, Harraz tak sepatutnya buat Fleur begini.

Harraz telan liur. Air mata di seka sebelum susun langkah, keluar daripada ruang tersebut. Tanpa sebarang kata, tanpa sebarang penjelasan mahupun kerlingan, Harraz tinggalkan Fleur begitu saja.

Serentak itu, Fleur Sophia tekup wajah. Ya Allah...dugaan yang datang bertimbun, bukanlah satu perkara yang dapat ditanggung oleh Fleur. Jujur, hatinya semakin sakit melihat Harraz melangkah pergi tanpa sebarang suara.

Ya, hati Fleur marahkan Harraz, api kemarahan membuak dalam jiwa Fleur. Tapi selain Harraz, siapa lagi yang dapat bantu Fleur? Fleur bukan perlukan Harraz kerana mahu di papah semata tapi Fleur perlukan sokongan suami pada saat genting begini.

Tak fikir ke Harraz, siapa mahu bantu Fleur bangun dari perbaringan, atau bantu untuk baring semula? Harraz tak fikir ke Fleur tidak mandi seharian, bagaimana hendak ke bilik air tanpa bantuan jika setiap pergerakan Fleur menyakitkan jahitan pada perut?

Harraz memang ego...sungguh, saat ini Fleur tidak nampak perkara lain pada Harraz selain ego yang menggunung.

Lama Fleur Sophia berdiam diri di tempatnya. Kadang tangisan memenuhi ruang tersebut, kadang hanya kepiluan yang menemani Fleur.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now