BAB 22

512 51 19
                                    

Muhammad Aisy matikan enjin motosikal berkuasa besar miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Muhammad Aisy matikan enjin motosikal berkuasa besar miliknya. Jejaka ini buka segala topi keledar serta sarung tangan, diletakkan atas motosikal semata sebelum berlari masuk ke dalam rumah agam ibu bapanya.

"Assalamualaikum." Salam sempat di beri.

Tujuan Aisy sekarang adalah bilik tidur Mariana serta Iqram kerana disitulah tempat Fleur berada.

"Fleur?" Aisy pulas tombol pintu, pintu tersenut di tolak menggunakan bahu tapi kekal berkunci.

"Fleur. Hey...abang Aisy datang ni. Bukan pintu, flower." Aisy ketuk pintu tersebut tanpa henti memulas tombol.

Takkan Fleur masih tidur? Jam sudah pukul 1 tengah hari. Aisy lari sebentar kerana mahu lihat keadaan Fleur. Digunakan masa rehat untuk pastikan sang adik baik-baik sahaja.

"Flower?" Aisy terus menyeru.

"Abang..." sahutan perlahan daripada Fleur buat Aisy berasa sedikit gembira.

"Buka pintu, abang bawa makanan untuk Fleur ni. Makanan sedap." Senyuman terbit pada bibir sang jejaka.

"Tak..."

Aisy kerut dahi, "Tak apa Fleur? Abang tak dengarlah. Fleur buka dulu pintu ni"

Fleur lujurkan tangan ke udara bersama tubuh yang masih melekat pada lantai. Wanita ini benar-benar kehabisan tenaga, hendak berjalan naik atas katil pun tak mampu, hendak ke bilik air apatah lagi. Apabila dengar Aisy memanggil begini, Fleur terasa benci dengan diri sendiri. Dia mahu Aisy dengar akan suaranya tetapi tekak tak pernah mengizinkan.

"Fleur...buka dulu dik." Aisy tidak mengalah.

"Fleur Fleur Fleur. Adik adik adik. Itu je la yang kau tau. Kau tak nampak ke dia tak nak buka tu? Maknanya dia tak nak jumpa kau!" tiba-tiba Emir menengking tepat pada telinga Aisy.

Terenjut tubuh Aisy dibuatnya. Kepala menoleh ke belakang sebelum Aisy mengundur selangkah, membawa daun pintu dan tubuh belakang Aisy bertemu.

"Kau buat apa dekat rumah aku?" tanya Emir, bengang. Dia baru merancang mahu bertenang-tenang harini tapi lain pula yang menyergah.

"Siapa kata ini rumah kau? Ini rumah Fleur. Kau tak ada hak nak buat keputusan atas harta orang lain." Aisy membalas lantang.

"Kau ada nampak Fleur peduli ke pasal rumah ni? Eh kalau aku tak ada...silap-silap rumah ni boleh kena rompak. Hilang semua perabot mak bapa aku daripada Perancis, Itali..." Emir sengaja melihat kawasan luas di sekitar mereka.

"Harta je yang kau fikir, kebajikan adik kau?" kening Aisy terjongket ke atas.

"Siapa adik aku? Aku mana ada adik. Aku anak kandung bongsu"

"Fleur Sophia tu adik kau, tetap akan jadi adik tiri kau. Ya aku bukan sesiapa dalam hidup kau, aku tak peduli benda tu, harta ini semua, kau ambillah. Kau nak ambil semula aset yang daddy belikan untuk aku pun aku tak kesah tapi sekurangnya jangan buat Fleur macam orang luar!" Aisy tinggi suara.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now