BAB 26

411 42 3
                                    

Harraz Falikh berlari ke bahagian pejabat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harraz Falikh berlari ke bahagian pejabat. Sejak lelaki ini tau yang bahagian ofis mahu menemuinya, Harraz mula berharap akan sesuatu. Sesuatu yang begitu sukar untuk didapatkan sekarang.

Kaki melangkah masuk ke dalam ruangan. Kepala ditundukkan sekali dua pada beberapa orang yang bertugas di pejabat atas pelantar minyak ini.

"Encik Harraz Falikh bin Ahmad Zakwan?" seseorang menegur Harraz.

"Ya saya." Harraz lantas berdiri menghadap lelaki tersebut.

"Kau buat apa dekat sini? Waktu tengah gentir...bukanlah aku marah cuma aku tertanya, kenapa kau naik laut di saat kau tau keadaan kau sendiri tengah huru hara dekat darat?" Pekerja itu bertanya, baik saja nadanya cuma mungkin susunan ayat yang tidak kena.

"Disebabkan saya tengah huru hara, saya tak dapat buat keputusan yang betul. Apa yang saya anggap baik sebenarnya...jauh lebih buruk dari sangkaan saya." Harraz jujur saja sekarang. Di tahap ini, tiada apa lagi yang boleh bantu Harraz selain kejujuran. Menipu tidak akan bawa Harraz ke mana-mana.

"Lepasni, sebelum beri jawapan, fikir dulu masak-masak. Bincang dengan orang yang paling kita percaya. Jangan main terjah macam tu saja." Lelaki tersebut turunkan beberapa cop serta tandatangan pada dokumen yang ada.

Harraz tunduk kepala, "Maaf...Tuan"

Memang salah Harraz. Entah apa jadi padanya sehingga keputusan yang betul pun sudah tidak mampu dilakukan. Malu hidup sebagai suami dan ayah jika perkara begini pun tidak boleh diselesaikan.

"Nah...bahagian kerja Yazman yang kau ganti akan selesai lagi dua hari dan permohonan kau untuk pulang waktu itu dibenarkan." Jejaka yang agak berusia ini hulurkan pada Harraz dokumen-dokumen yang lelaki ini perlukan saat hendak pulang sebelum jadual pekerjaan selesai.

Laju Harraz angkat kepala. Matanya terbuka agak luas, mungkin tidak percaya dengan apa yang baru didengari.

"Berterima kasih dekat Hamdan, dia volunteer untuk gantikan tempat kau sepanjang kau balik ke darat nanti, dua minggu." Pekerja memberitahu, memutuskan kesemua kekeliruan Harraz.

Harraz ambil dokumen yang dihulurkan. Hamdan...Allah, jiwanya begitu baik.

"Terima kasih Tuan. Maaf atas segala kesusahan." Harraz tunduk kepala sekali lagi sebelum beransur keluar daripada pejabat tersebut.

Pekerja lelaki yang berurusan dengan Harraz ini hanya mampu geleng kepala. Nak salahkan Harraz sepenuhnya pun tidak boleh juga. Terkadang paksaan dari depan dan belakang yang membuatkan seseorang tidak berfikiran waras. Suami juga manusia yang ada silap dan kekurangan.

"Kau dah dengar berita terbaru tentang keluarga budak tu?" Hariss menegur rakan sepejabatnya yang baru selesai berurusan dengan Harraz. Sedari tadi Hariss diam saja menanti urusan selesai.

"Ada berita baru lagi?" Aman geleng kepala buat kesekian kalinya. Berapa banyak berita tentang keluarga Harraz ni keluar dalam satu bulan agaknya? Jarang-jarang keluarga Harraz jadi tumpuan media.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now