BAB 09

465 46 9
                                    

Mata Harraz Falikh hanya tertumpu pada kelibat doktor yang sedang periksa keadaan Fleur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Harraz Falikh hanya tertumpu pada kelibat doktor yang sedang periksa keadaan Fleur. Matanya tidak berkelip, menanti kesemua pemeriksaan ini selesai.

"Apa berlaku pada saya? Baby saya?" Fleur bertanya sebaik perasan yang doktor wanita ini hampir selesai lakukan tugasannya.

Doktor wanita itu tidak menjawab malah hanya lakar senyum buat Fleur.

"Fleur berehat dulu, ya? Saya akan datang untuk periksa keadaan Fleur pukul 5 petang nanti," kata si doktor sebelum beredar.

Harraz lepas nafas lega. Dirinya tak pernah beritahu pihak hospital untuk merahsiakan tetapi Harraz bersyukur, doktor berinya ruang dan masa untuk beritahu sendiri pada Fleur.

Fleur hantar doktor tersebut keluar daripada ruang wad bersama lirikan mata. Keningnya berkerut tebal. Susah ke mahu jawab pertanyaan itu? Jika bukan doktor yang menjawab, dengan siapa lagi Fleur boleh dapatkan jawapan?

"Sayang nak minum?" Harraz tuangkan sedikit air ke dalam gelas kaca yang ada.

Fleur alihkan pandangan pada Harraz yang sudah duduk di sebelah katil pesakit. Harraz hulur gelas berisi air kosong. Fleur tidak bersuara, hanya tenung gelas bewarna putih ini bersama getaran rahang.

"Fleur masih ingat apa yang berlaku, abang, sebelum masuk bilik pembedahan." Mata Fleur berkaca memandang wajah Harraz.

Harraz telan liur.

"Abang..." Fleur pegang lengan suaminya.

Harraz tunduk kepala. Harraz tidak buka mulut walau sedikit tetapi jiwa terasa dihenyak berkali-kali.

Lihat Harraz diam begini buat Fleur meneka banyak perkara.

Sakit ke anak mereka? Tidak selamat ke...bayi mereka?

"Jangan buat Fleur macam ni...Harraz..." Fleur mahukan jawapan. Dia tidak boleh terus duduk dalam kesunyian begini. Beritahulah apa saja, Fleur akan cuba terima tapi jangan diam.

"Abang minta maaf..." ucap Harraz bersama tangisan.

"Abang tak salah dengan Fleur tapi abang jangan diam...abang cakap sesuatu, kenapa dengan anak kita?" tak berkelip mata Fleur pandang suaminya.

Lambat-lambat, Harraz panggung kepala.

"Anak kita, dah tak ada." Harraz menggeleng.

Semakin deras air mata Fleur mengalir keluar.

"Abang minta maaf, sayang...abang minta maaf." Harraz daratkan dahi pada lengan Fleur. Terasa kaku sungguh tubuh wanita ini, masih dalam fasa terkejut.

FLEUR SOPHIA: NOT A PURE BLOODWhere stories live. Discover now